Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Faktor Pinggir Budaya · Soalan 1
Dasar Kebudayaan Kebangsaan bertujuan untuk memperkukuh perpaduan masyarakat melalui budaya. Oleh itu, para pemimpin negara berharap agar masyarakat dapat mengenali budaya yang diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia terutama dari segi perayaan dan makanan bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani. Namun begitu, generasi sekarang dikatakan tidak mengamalkan budaya yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu kerana terpengaruh dengan budaya Barat, pengaruh media sosial dan kurang didikan serta kesedaran tentang perkara ini.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Berdasarkan petikan, bincangkan faktor-faktor berlakunya perkara tersebut.
Kesan Industri Animasi · Soalan 2
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (BERNAMA) - Persaingan rancak dalam industri animasi tidak mematahkan semangat para pengusaha industri animasi tempatan untuk terus mencipta sejarah. Hal ini terbukti apabila karya animasi tempatan telah berjaya menawan hati penonton dalam negara. Antara animasi terkenal di negara ini ialah Ejen Ali, Upin dan Ipin dan Mechamato.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BERNAMA
Selain kesan yang terdapat dalam petikan di atas, jelaskan kesan-kesan industri ini kepada masyarakat dan negara.
Peranan Galak Penggunaan AI · Soalan 3
Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) untuk Rakyat adalah satu inisiatif untuk mengurangkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi mencapai hasrat tersebut, kerajaan Malaysia menggalakkan semua pihak menggunakan AI dalam urusan pentadbiran dan harian kerana program ini dapat menyediakan gambaran menyeluruh tentang dunia AI dengan tujuan untuk menarik minat masyarakat seterusnya membina kerjaya dalam sektor ini.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Internet
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat menggunakan program ini.
Langkah Rancakkan Pelancongan · Soalan 4
KUALA LUMPUR, 3 Januari - Kejayaan industri pelancongan negara bukan sekadar bergantung kepada pembangunan dan tarikan fizikal, sebaliknya berpaksikan kepada keamanan, keharmonian serta kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan utama Malaysia. Sektor pelancongan juga antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan menyediakan peluang pekerjaan yang meluas. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi merancakkan perkembangan industri ini.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Portal Berita RTM
Bincangkan langkah-langkah bagi merancakkan industri ini.