📝

Karangan BM SPM — PAHANG 2026
Bahagian A & B

Soalan karangan Bahasa Melayu SPM PAHANG 2026 Bahagian A & B — 5 soalan penulisan berformat SPM dengan contoh karangan AI.

5Soalan
AIContoh Karangan
SPMFormat
Lihat Semua Karangan →

Bahagian A — Karangan Berpandu · 1 Soalan

Soalan 1
BAHAGIAN A [30 Markah] Soalan ini mesti dijawab.Petikan dan grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan pencemaran plastik.Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang pencemaran plastik di Malaysia.Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Jaga Bumi Kita!

Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan

Manfaat Amalan Membaca · Soalan 1
Kadar membaca dalam kalangan masyarakat masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Hal ini berkait rapat dengan isu budaya membaca yang semakin merosot. Meskipun ramai yang mengetahui akan faedah membaca namun mereka masih membaca hanya untuk tujuan peperiksaan dan bukan sebagai hobi atau amalan harian. Sumber: Internet Huraikan manfaat-manfaat yang diperoleh murid apabila menjadikan amalan membaca sebagai hobi dalam kehidupan seharian.
Mempopularkan Makanan Warisan · Soalan 2
Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek Warisan 2025. Makanan warisan seperti ketupat, ambuyat, tose dan kuih bulan menjadi identiti bangsa masyarakat majmuk di Malaysia. Namun begitu, sebahagian masyarakat semakin melupakan makanan warisan yang merupakan simbol masyarakat negara. Sumber: Internet Sebagai respons kepada petikan di atas, huraikan usaha-usaha untuk mempopularkan makanan warisan.
Kesan Ketagihan Gajet · Soalan 3
Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh gajet terhadap gaya hidup remaja masa kini telah membawa anjakan paradigma yang cukup besar. Ketika tinjauan Buletin Mutiara pada 18 April lalu, rata-rata responden berkata ramai remaja sering menghabiskan masa berjam-jam dengan menatap skrin gajet. Penggunaan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba berlaku peningkatan secara mendadak. Kekerapan menatap skrin tanpa kawalan ini mula menimbulkan masalah kesihatan. Sumber: Buletin Mutiara Huraikan kesan yang dinyatakan dalam petikan berserta kesan-kesan lain ketagihan gajet dalam kalangan remaja.
Faktor Rasuah · Soalan 4
SHAH ALAM Gejala rasuah yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat kini dianggap sebagai ancaman serius terhadap kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kes rasuah masih dilaporkan berlaku dalam sektor awam dan swasta. Gejala rasuah sering dikaitkan dengan sikap tamak, tekanan kos sara hidup serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia. Sumber: Berita Harian online Berdasarkan petikan di atas, huraikan faktor-faktor gejala rasuah berleluasa dalam kalangan masyarakat.

🔒 Contoh karangan penuh tersedia untuk ahli

Buka Contoh Karangan →

Set Karangan BM Lain

💼 Belajar BM — boleh jadi apa?
📰 Wartawan Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI ⚖️ Peguam Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 🎨 Pereka Grafik Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →