Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Soalan 1 · Soalan 1
Semangat kejiranan semakin pudar dalam kalangan masyarakat kini. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, hampir sejuta rakyat Malaysia didapati tidak pernah bersemuka dengan jiran-jiran dalam tempoh sebulan. Hal ini akan menyebabkan perpaduan negara musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, usaha mengukuhkan semangat kejiranan haruslah dipupuk dalam memastikan semangat kejiranan terus dipelihara. Usaha ini akan dapat ditingkatkan dengan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Sumber: [www.kosmo.com](https://www.google.com/search?q=https%3A%2F%2Fwww.kosmo.com)
Selain usaha yang dinyatakan dalam petikan di atas, huraikan usaha-usaha lain untuk mengukuhkan semangat tersebut.
Soalan 2 · Soalan 2
Amalan kitar semula kini kurang diterapkan dalam diri masyarakat kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam sekitar. Kebanyakan barangan yang boleh dikitar semula dibuang dan dibakar begitu sahaja. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan. Ibu bapa mendidik anak-anak tentang amalan kitar semula dikatakan salah satu langkah yang berkesan.
Sumber: [www.blogspot.com](https://www.google.com/search?q=https%3A%2F%2Fwww.blogspot.com)
Huraikan langkah yang dinyatakan dalam petikan berserta langkah-langkah lain untuk menyuburkan amalan tersebut.
Soalan 3 · Soalan 3
Isu pengabaian warga emas kian meruncing kerana semakin ramai golongan tersebut terpaksa tinggal bersendirian tanpa perhatian dan kasih sayang daripada keluarga. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2025 (NHMS 2025) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini tinggal bersendirian. Keadaan ini berlaku berpunca daripada kesibukan bekerja, kurang penghayatan agama dan masalah kesihatan warga emas itu sendiri.
Berdasarkan petikan di atas, huraikan punca-punca tersebut.
Sumber: [www.bharian.com](https://www.google.com/search?q=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com).my
Soalan 4 · Soalan 4
Laporan Agensi Antidadah Kebangsaan 2025 menunjukkan hampir 60 peratus daripada 193 000 kes penyalahgunaan dadah yang dilaporkan di Malaysia melibatkan golongan belia berumur antara 15 hingga 39 tahun. Masalah penyalahgunaan dadah kini semakin rumit apabila sumbernya datang daripada individu yang dikenali seperti jiran, saudara, malah kenalan keluarga sendiri. Walau bagaimanapun, isu penyalahgunaan dadah mampu diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.
Sumber: [www.bernama.com](https://www.google.com/search?q=https%3A%2F%2Fwww.bernama.com)
Huraikan peranan-peranan tersebut.