Bahagian B — Karangan Respons Terbuka · 4 Soalan
Tindakan Menangani Masalah Disiplin Murid · Soalan 1
Belakangan ini, masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah semakin meruncing. Data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan jumlah kes buli, ponteng kelas, bergaduh, merokok, melawan guru dan vandalisme meningkat dari tahun 2021 hingga tahun 2023. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa masalah disiplin dalam kalangan murid semakin serius dan memerlukan tindakan proaktif pelbagai pihak untuk menangani masalah tersebut.
Sumber: [www.astrowani.com](https://www.google.com/search?q=https%3A%2F%2Fwww.astrowani.com)
Huraikan tindakan-tindakan tersebut.
Faktor Peminggiran Permainan Tradisional · Soalan 2
Permainan tradisional seperti congkak, yo-yo Cina dan kabaddi semakin dipinggirkan dalam kalangan generasi muda masa ini. Laporan media menunjukkan bahawa kewujudan permainan digital menyebabkan minat terhadap permainan ini semakin merosot. Selain itu, kurangnya pendedahan daripada ibu bapa kepada anak-anak dan media pula kurang mempromosikan permainan tradisional turut menjadi penyumbang keadaan ini berlaku.
Sumber: Utusan Malaysia.com
Berdasarkan petikan, huraikan faktor-faktor generasi muda meninggalkan permainan tersebut.
Persediaan Menghadapi Bencana Banjir · Soalan 3
SIBU, 2 Jun - Paras air yang semakin tinggi di beberapa kawasan memberikan gambaran bahawa akan berlakunya bencana banjir. Sehubungan dengan itu, penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai diminta bersedia menghadapi bencana ini. Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, persediaan awal sangat penting dilaksanakan untuk menghadapi bencana banjir, iaitu orang ramai perlu memastikan pendawaian elektrik di rumah dimatikan sebelum air mula naik.
Sumber: Internet
Selain persediaan yang terdapat dalam petikan, huraikan persediaan-persediaan menghadapi bencana tersebut.
Manfaat Teknologi dalam PdP · Soalan 4
Kajian UNESCO pada tahun 2023 mendapati bahawa penggunaan pelbagai teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru di dalam kelas telah meningkat sebanyak 30 peratus. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan teknologi dalam PdP bermanfaat pada era globalisasi ini. Oleh itu, penggunaan teknologi ini perlu diperluas kerana dapat meningkatkan minat murid untuk belajar, memudahkan akses kepada maklumat serta membantu murid menguasai kemahiran digital yang diperlukan pada masa hadapan.
Sumber: UNESCO Report 2023
Berdasarkan petikan, huraikan manfaat-manfaat teknologi tersebut.