AlliteSains SPMSains K2 → Kedah 2026

🔬

Soalan Percubaan Sains SPM Kertas 2
Kedah 2026

Soalan percubaan Sains (1511/2) SPM Kedah 2026: 13 soalan struktur & esei dengan skema jawapan. Latih K2 online percuma di Allite.

13Soalan
K2Struktur & Esei
2026Trial Paper
🖊️ Latih Online Percuma →

Soalan & Skema Jawapan

Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Murid Tingkatan 4 menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi dalam keadaan rehat.
Jadual 1 menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi bagi murid tersebut.
Jadual 1
| Jantina | Umur (tahun) | Kadar denyutan nadi (bpm) |
|:--- |:--- |:--- |
| Lelaki | 16 | 65 |
| Perempuan | 16 | 80 |
(a)(i) Berdasarkan data dalam Jadual 1, lukiskan carta bar bagi kadar denyutan nadi melawan jantina.
Skema jawapan
Dapat melukis carta palang kadar denyutan nadi melawan umur dengan betul
1. Plot data dengan tepat
2. Graf berbentuk bar yang sama lebar
(a)(ii) Berdasarkan graf soalan 1(a)(i), nyatakan hubungan di antara jantina dengan kadar denyutan nadi.
Skema jawapan
Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi daripada lelaki // sebaliknya
(b) Nyatakan faktor yang dikawal dalam eksperimen ini.
Skema jawapan
1. Jenis aktiviti fizikal
2. Tempoh / Masa aktiviti fizikal
3. Umur individu
Mana-mana satu
(c) Kaji pernyataan berikut.
Lelaki mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi daripada perempuan
Berdasarkan data dalam Jadual 1, buktikan bahawa pernyataan itu salah.
Skema jawapan
Kadar denyutan nadi bagi lelaki ialah 65 bpm manakala perempuan ialah 80 bpm
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya terhadap pertumbuhan bakteria. Kultur bakteria yang sama dilumurkan ke atas agar-agar nutrien dan diletakkan pada dua tempat yang berbeza selama 48 jam.
Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 2.
(a) Berdasarkan Jadual 2, berapakah bilangan koloni bakteria di atas agar-agar nutrien yang diletakkan di bawah cahaya?
Skema jawapan
2
(b) Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 2, nyatakan satu inferens.
Skema jawapan
1. Cahaya merencatkan pertumbuhan bakteria
2. Pertumbuhan bakteria lebih pesat dalam keadaan gelap
3. Jika ada cahaya, maka pertumbuhan bakteria berkurang// sebaliknya
Mana-mana satu
(c) Ramalkan bilangan koloni bakteria jika set A dititiskan dengan asid hidroklorik cair di atas agar-agar nutrien.
Skema jawapan
0 hingga 2
(d) Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasi dalam eksperimen ini.
Skema jawapan
1. Kehadiran cahaya
2. Ada cahaya dan tiada cahaya
(e) Nyatakan satu langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan eksperimen ini.
Skema jawapan
1. Basuh tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas menjalankan eksperimen
2. Pakai sarung tangan semasa menjalankan eksperimen
3. Sterilkan semua bahan buangan terlebih dahulu sebelum dibuang
4. Rendam semua radas yang telah digunakan dalam disinfektan selepas menjalankan eksperimen
Mana-mana satu
Bahagian A · Soalan 3 · 5 markah
Rajah 1 menunjukkan model meja yang digunakan oleh sekumpulan murid dalam suatu eksperimen. Buku teks diletakkan satu demi satu ke atas model meja tersebut sehingga silinder bengkok.
Jadual 3.1
Jadual 3.1 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Jenis silinder | Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder |
|:--- |:--- |
| Berongga | 30 |
| Padat | 15 |
(a) Nyatakan tujuan eksperimen ini.
Skema jawapan
1. Untuk membandingkan kekuatan silinder yang padat dengan silinder yang berongga
2. Untuk mengkaji hubungan di antara jenis silinder dengan bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder
Mana-mana satu
(b) Berdasarkan Jadual 3.1, nyatakan
(b)(i) pemboleh ubah bergerak balas
Skema jawapan
1. Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder
2. Kekuatan silinder
Mana-mana satu
(b)(ii) satu cara bagaimana anda mengawal pemboleh ubah bergerak balas.
Skema jawapan
Mengira bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder sehingga bengkok
(c) Nyatakan satu pemerhatian bagi eksperimen ini.
Skema jawapan
Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder berongga lebih banyak daripada silinder padat //sebaliknya
(d) Jadual 3.2 menunjukkan keputusan eksperimen yang diperolehi daripada satu kumpulan murid yang lain.

| Jenis silinder | Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder |
|:--- |:--- |
| Berongga | 24 |
| Padat | 32 |

Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh mereka semasa menjalankan eksperimen?
Skema jawapan
1. Diameter silinder padat lebih besar
2. Panjang silinder padat lebih pendek
3. Diameter silinder berongga lebih kecil
4. Panjang silinder berongga lebih panjang
Mana-mana satu
Bahagian A · Soalan 4 · 5 markah
Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien terhadap pertumbuhan anak benih jagung.
Rajah 2 menunjukkan keputusan eksperimen yang diperoleh selepas dua minggu.
(a) Nyatakan pemerhatian anda pada saiz daun anak benih jagung dalam larutan kultur tanpa nitrogen.
Skema jawapan
Daun anak benih jagung lebih kecil
(b) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
Skema jawapan
1. Kekurangan nitrogen merencatkan pertumbuhan tumbuhan//sebaliknya
2. Jika larutan kultur lengkap digunakan, maka saiz daun anak benih jagung lebih besar// sebaliknya
3. Jika larutan kultur lengkap digunakan, maka anak benih jagung lebih tinggi
Mana-mana satu
(c) Warna daun pada bahagian bawah anak benih jagung berbeza.
Kelaskan daun berwarna hijau tua dan daun berwarna hijau pucat dalam Jadual 4.

| Larutan kultur lengkap | Larutan kultur tanpa nitrogen |
|:--- |:--- |
| $\quad$ | $\quad$ |
Skema jawapan
| Larutan kultur lengkap | Larutan kultur tanpa nitrogen |
|:--- |:--- |
| Daun berwarna hijau tua | Daun berwarna hijau pucat |
(d) Berdasarkan eksperimen dalam Rajah 2, nyatakan definisi secara operasi bagi larutan kultur lengkap dari aspek yang diperhatikan dan dilakukan.
Skema jawapan
1. Larutan kultur lengkap adalah bahan / larutan / cecair yang menunjukkan saiz daun anak benih jagung lebih besar apabila anak benih jagung dimasukkan ke dalamnya selepas dua minggu
2. Larutan kultur lengkap adalah bahan / larutan / cecair yang menunjukkan ketinggian anak benih jagung lebih tinggi apabila anak benih jagung dimasukkan ke dalamnya selepas dua minggu
Mana-mana satu
(e) Pernyataan berikut menunjukkan kesimpulan bagi eksperimen itu.
**Kesimpulan: Kekurangan makronutrien merencatkan pertumbuhan tumbuhan**
Berdasarkan Rajah 2, nyatakan satu bukti yang menunjukkan kesimpulan tersebut adalah tepat.
Skema jawapan
1. Daun anak benih jagung pada larutan kultur tanpa nitrogen lebih kecil berbanding larutan kultur lengkap.
2. Ketinggian anak benih jagung pada larutan kultur tanpa nitrogen lebih rendah berbanding larutan kultur lengkap.
Mana-mana satu
Bahagian B · Soalan 5 · 6 markah
Jadual 5 menunjukkan jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh kenderaan di Malaysia.
Jadual 5
| Tahun | Jumlah kenderaan | Jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan (tan) |
|:--- |:--- |:--- |
| 2015 | 26 301 952 | 120 988 979 |
| 2018 | 29 956 525 | 137 800 015 |
| 2020 | 32 378 174 | 140 939 600 |
(a) Nyatakan satu contoh gas lain yang dibebaskan oleh kenderaan.
Skema jawapan
1. Gas karbon monoksida
2. Gas nitrogen dioksida
3. Gas sulfur dioksida
4. Gas nitrogen monoksida
mana-mana satu
(b) Berdasarkan Jadual 5, nyatakan satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan.
Skema jawapan
1. Peningkatan populasi penduduk
2. Peningkatan taraf hidup masyarakat
3. Peningkatan pendapatan
4. Peningkatan peluang pekerjaan yang memerlukan pengangkutan sendiri
5. Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat
6. Gaya hidup masyarakat yang mementingkan keselesaan
7. Kemudahan pinjaman / kredit kenderaan
8. Penurunan harga kenderaan
mana-mana satu
(c) Nyatakan dua aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor pengangkutan yang boleh mengurangkan jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan.
Skema jawapan
1. Penggunaan pengangkutan hijau / berjalan kaki / berbasikal
2. Penggunaan kenderaan gas asli / gas asli cecair / LNG/ gas asli mampat / CNG
3. Penggunaan bahan api bio
4. Penggunaan kenderaan hijau/ elektrik / hibrid
5. Penggunaan pengangkutan awam
6. Perkongsian kereta
mana-mana dua
(d) Berdasarkan Jadual 5, nyatakan satu pola jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan mengikut tahun dan kesannya terhadap alam sekitar.
Skema jawapan
**Pola:**
Jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan meningkat / bertambah dari tahun 2015 hingga 2020
**Kesan:**
1. Peningkatan kesan rumah hijau
2. Peningkatan suhu bumi / pemanasan global
3. Perubahan iklim yang mendadak
4. Berlaku cuaca ekstrem / kemarau / banjir
5. Gangguan kepada ekosistem/ habitat hidupan
6. Menjejaskan kesihatan manusia
7. Pencairan ais
8. Kenaikan aras laut
satu pola dan satu kesan
Bahagian B · Soalan 6 · 6 markah
Rajah 3 menunjukkan dua jenis perubatan untuk menyembuhkan penyakit.
(a) Nyatakan jenis perubatan X.
Skema jawapan
Perubatan moden
(b) Mengapakah sesetengah masyarakat memilih perubatan Y untuk merawat penyakit?
Skema jawapan
1. Menggunakan bahan semulajadi /daripada haiwan /tumbuhan
2. Diwarisi / diamalkan turun temurun
3. Kos rawatan yang rendah
4. Pembuktian keberkesanan secara pengalaman
5. Mudah diperoleh
mana-mana satu
(c) Amir mengalami luka kecil pada tangannya semasa berkebun.
Antara perubatan X dan perubatan Y, yang manakah lebih sesuai digunakannya?
Jelaskan jawapan anda.
Skema jawapan
**Pilihan: Perubatan X**
**Penerangan:**
1. Rawatan lebih berkesan
2. Rawatan lebih cepat
3. Pembuktian keberkesanan secara klinikal
4. Boleh mencegah jangkitan
**Pilihan: Perubatan Y**
**Penerangan:**
1. Menggunakan bahan semulajadi/daripada haiwan /tumbuhan
2. Diwarisi / diamalkan turun temurun
3. Kos rawatan yang rendah
4. Pembuktian keberkesanan secara pengalaman
5. Mudah diperoleh
Satu pilihan dan satu penerangan
(d) Seorang pesakit menggunakan perubatan X dan perubatan Y serentak tanpa nasihat doktor.
Terangkan kesan terhadap pesakit tersebut.
Skema jawapan
**Kesan**
P1: Interaksi ubat berlaku
P2: Penyakit menjadi lebih teruk
**Sebab:**
E1: Bahan aktif dalam X dan Y boleh bertindak balas antara satu sama lain
E2: Menyebabkan rawatan kurang berkesan
E3: Kesan sampingan meningkat
Satu kesan dan satu sebab
Bahagian B · Soalan 7 · 6 markah
Rajah 4 menunjukkan dua jenis lemak yang digunakan oleh seorang suri rumah untuk memasak.
(a) Nyatakan satu unsur yang terkandung dalam lemak.
Skema jawapan
Karbon / Hidrogen / Oksigen
(b) Suri rumah tersebut ingin menukar jenis minyak yang digunakan dalam masakan hariannya.
Cadangkan satu contoh minyak lain yang lebih sihat dan terangkan bagaimana penggunaannya dapat mengelakkan risiko penyakit jantung.
Skema jawapan
Minyak zaitun
**Penerangan:**
1. Mengandungi lemak tak tepu
2. Menurunkan kolesterol jahat /LDL
3. Meningkatkan kolesterol baik /HDL
terima sebarang minyak tumbuhan. satu contoh dan satu penerangan
(c) Berdasarkan Rajah 4, nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara kedua-dua jenis lemak tersebut.
Skema jawapan
**Persamaan:**
1. Kedua-duanya adalah sebatian organik
2. Kedua-duanya mengandungi unsur karbon/hidrogen/ oksigen.
3. Kedua-duanya tidak larut dalam air.
4. Kedua-duanya sumber penting asid lemak dalam badan.
**Perbezaan:**
1. Minyak sapi adalah daripada sumber haiwan manakala minyak zaitun adalah daripada sumber tumbuhan.
2. Keadaan minyak sapi dalam suhu bilik adalah pepejal manakala minyak zaitun adalah cecair.
3. Takat lebur minyak sapi lebih tinggi manakala minyak zaitun rendah.
4. Bilangan atom hidrogen dalam molekul minyak sapi adalah maksimum manakala minyak zaitun adalah belum maksimum.
satu persamaan dan satu perbezaan
(d) Seorang lelaki mengalami masalah aterosklerosis. Doktor menasihatinya untuk mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan.
Wajarkan nasihat doktor tersebut.
Skema jawapan
1. Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
2. Mengurangkan kolesterol jahat (LDL)
3. Mencegah pembentukan plak pada dinding salur darah
4. Melancarkan aliran darah
5. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Bahagian B · Soalan 8 · 6 markah
Rajah 5 menunjukkan satu kaedah bantuan kecemasan yang dilakukan kepada mangsa yang mengalami serangan jantung dan tiada denyutan nadi.
(a) Nyatakan jenis bantuan kecemasan yang diberikan.
Skema jawapan
Resusitasi kardiopulmonari / CPR
(b) Berdasarkan Rajah 5, nyatakan dua tindakan awal yang perlu dilakukan sebelum memulakan tekanan dada.
Skema jawapan
1. Memastikan kawasan persekitaran selamat.
2. Memeriksa respon mangsa
3. Meminta bantuan orang sekeliling
4. Menghubungi talian kecemasan/999
5. Memeriksa pernafasan mangsa
Mana-mana dua
(c) Seorang mangsa kemalangan pengsan tetapi masih ada denyutan nadi.
Adakah CPR perlu dilakukan kepada mangsa tersebut?
Jelaskan jawapan anda.
Skema jawapan
Tidak
**Penjelasan:**
Jantung masih berfungsi/berdegup
(d) Semua murid sekolah menengah perlu mempelajari kaedah bantuan kecemasan.
Wajarkan.
Skema jawapan
Menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan sebelum bantuan perubatan tiba
Bahagian B · Soalan 9 · 7 markah
Rajah 6.1 menunjukkan kanta P dan kanta Q yang sama jenis.
(a) Berdasarkan Rajah 6.1,
(a)(i) apakah yang berlaku kepada sinar cahaya selepas melalui kanta-kanta tersebut?
Skema jawapan
Sinar cahaya menumpu
(a)(ii) nyatakan satu contoh peralatan optik yang mengaplikasikan kanta tersebut supaya objek dapat dilihat dengan jelas
Skema jawapan
1. Mikroskop
2. Teleskop
3. Teropong
4. Kanta pembesar
5. Cermin mata
Mana-mana satu
(a)(iii) pilih kanta yang sesuai digunakan sebagai kanta mata bagi sebuah mikroskop.
Jelaskan jawapan anda berdasarkan ciri imej yang terbentuk.
Skema jawapan
**Pilihan:** Kanta Q
**Alasan:** Menghasilkan imej maya / tegak / dibesarkan
(b) Rajah 6.2 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model kanta pembesar.
(b) Lakarkan dan label model kanta pembesar anda dalam ruang yang disediakan.

| $\rule{0pt}{150pt}$ |
|:--- |

Terangkan fungsi air dalam model tersebut.
Skema jawapan
Dapat melakarkan dan melabel model kanta pembesar dengan betul
1. Rajah berfungsi
2. 3 label yang betul
Menghasilkan imej kelihatan lebih besar
Bahagian B · Soalan 10 · 7 markah
Rajah 7 menunjukkan sungai yang tercemar akibat pembuangan sisa industri dan sampah domestik.
(a) Berdasarkan Rajah 7, nyatakan kesan pencemaran terhadap hidupan akuatik.
Skema jawapan
1. Hidupan akuatik mati
2. Populasi ikan berkurangan
3. Rantai makanan akuatik terganggu
4. Habitat hidupan akuatik musnah
5. Kandungan oksigen terlarut berkurangan
6. Kepupusan spesies
7. Proses pembiakan hidupan akuatik terjejas
mana-mana satu
(b) Nyatakan satu langkah yang boleh dilakukan oleh penduduk untuk mengurangkan pencemaran tersebut.
Skema jawapan
1. Tidak membuang sampah / sisa / minyak ke dalam sungai
2. Mengadakan kempen kesedaran kebersihan sungai
3. Mengadakan program gotong-royong membersihkan sungai
4. Memasang perangkap sampah
5. Mengurangkan penggunaan plastik
6. Mengamalkan kitar semula / 5R
mana-mana satu
(c) Penggunaan bebola lumpur mikroorganisma efektif merupakan aplikasi Teknologi Hijau untuk merawat air sungai yang tercemar.
Wajarkan.
Skema jawapan
1. Merendahkan nilai pH
2. Menghasilkan bakteria yang akan menguraikan sisa organik di sungai
3. Membunuh bakteria berbahaya
4. Menjernihkan air sungai
5. Menyingkir bau busuk
6. Merencat pertumbuhan bakteria
mana-mana dua
(d) Anda dibekalkan dengan tanah, EM Bokashi, larutan mikroorganisma efektif dan besen.
Tuliskan langkah-langkah untuk menghasilkan bebola lumpur mikroorganisma efektif.
1. $\quad$
2. $\quad$
3. $\quad$
4. Simpan besen yang mengandungi bebola lumpur mikroorganisma efektif di tempat tanpa sinaran matahari atau angin kuat.
Skema jawapan
1. Masukkan tanah, EM Bokashi dan larutan mikroorganisma efektif ke dalam besen
2. Gaul sehingga sebati
3. Bulatkan campuran menjadi bebola lumpur mikroorganisma efektif
Bahagian C · Soalan 11 · 10 markah
Rajah 8 menunjukkan dua batang tiang lampu di tepi pantai yang diperbuat daripada bahan berbeza selepas setahun.
(a) Berdasarkan situasi dalam Rajah 8, anda diminta menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji ketahanan terhadap kakisan bagi aloi dan logam tulen.
Anda diminta merancang satu eksperimen yang mengandungi:
(a) Hipotesis
Skema jawapan
1. Aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding logam tulen
2. Paku keluli lebih tahan terhadap kakisan berbanding paku besi
(b) Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya
Skema jawapan
**Pemboleh ubah dimanipulasi:**
1. Jenis paku
2. Paku besi dan paku keluli
3. Aloi dan logam tulen
**Cara mengawal:**
Menggunakan dua jenis paku yang berbeza iaitu paku besi dan paku keluli
Satu pemboleh ubah manipulasi dan satu cara mengawal
(c) Pemboleh ubah bergerak balas dan cara mengawalnya
Skema jawapan
**Pemboleh ubah bergerak balas**
1. Kehadiran lapisan perang pada paku
2. Ketahanan terhadap kakisan
**Cara mengawal:**
Memerhatikan kehadiran lapisan perang pada paku selepas seminggu
Satu pemboleh ubah bergerak balas dan satu cara mengawal
(d) Senarai bahan dan radas
Skema jawapan
Bahan: Paku besi, paku keluli, air
Radas: tabung uji / bikar
(e) Lakaran susunan radas dan bahan yang berlabel
Skema jawapan
Dapat melakar dan melabel susunan radas dan bahan dengan lengkap
1. Rajah berfungsi
2. Sekurang-kurangnya tiga label (Air, Paku besi, Paku keluli)
(f) Langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyiasatan yang adil
Skema jawapan
1. Membersihkan paku besi dan paku keluli menggunakan kertas pasir
2. Memastikan jenis larutan yang sama
Bahagian C · Soalan 12 · 12 markah
Rajah 9.1
Rajah 9.1 menunjukkan sejenis bahan sisa biologi.
Rajah 9.2
Rajah 9.2 menunjukkan dua jenis alat pemadam kebakaran.
(a) Terdapat pelbagai jenis peralatan perlindungan diri dalam makmal.
Nyatakan satu contoh peralatan perlindungan diri dan fungsinya.
Skema jawapan
| **Peralatan perlindungan diri** | **Fungsi** |
|---|---|
| Gogal | Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya |
| Topeng muka | Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit/mudah meruap |
| Sarung tangan | Melindungi tangan daripada bahan kimia berbahaya |
| Baju makmal | Melindungi kerosakan pada pakaian |
| Kasut bertutup / Kasut keselamatan | Melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia/serpihan kaca |
Mana-mana satu peralatan perlindungan diri dan satu fungsinya. Fungsi bergantung pada peralatannya
(b) Nyatakan langkah-langkah pengurusan bahan sisa tersebut mengikut Prosedur Operasi Standard (POS).
Skema jawapan
1. Bahan sisa biologi dibungkus/ dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya
2. Bahan sisa biologi diautoklaf
3. Bahan sisa biologi dimasukkan ke dalam tong biobahaya.
Mana-mana dua
(c) Berdasarkan Rajah 9.2, banding dan bezakan kedua-dua alat pemadam kebakaran tersebut.
Jelaskan apa yang akan berlaku sekiranya alat pemadam kebakaran P digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada litar pintas.
Skema jawapan
**Persamaan:**
1. Kedua-duanya boleh memadamkan / mengawal kebakaran
2. Kedua-duanya dapat menyingkirkan bahan bakar / api/oksigen / haba
3. Kedua-duanya mempunyai label warna
4. Kedua-duanya mempunyai tarikh luput / tekanan
5. Kedua-duanya perlu diselenggara
6. Kedua-duanya boleh memadamkan jenis kebakaran kelas A
**Perbezaan:**
1. P mempunyai warna label merah manakala Q mempunyai warna label biru.
2. P hanya boleh memadamkan kebakaran kelas A sahaja manakala Q boleh memadamkan semua kelas kebakaran.
3. Q memadamkan kebakaran lebih cepat berbanding P.
**Kesan jika alat pemadam kebakaran P digunakan untuk memadamkan kebakaran yang berpunca daripada litar pintas:**
1. Menyebabkan renjatan elektrik
2. Menyebabkan lebih banyak litar pintas
3. Air boleh mengkonduksikan elektrik
4. Merosakkan peralatan elektrik
5. Api menjadi lebih marak
Mana-mana satu persamaan, Mana-mana satu perbezaan, Mana-mana dua kesan
(d) Kebakaran sering kali terjadi di kediaman sehingga memusnahkan harta benda dan mengancam nyawa. Sebagai langkah berjaga-jaga, Puan Najihah telah menyediakan alat pemadam kebakaran ABC di kediamannya.
Wajarkan tindakan beliau.
Skema jawapan
1. Boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran kecuali kelas D / kebakaran logam
2. Tidak berbahaya kepada manusia / haiwan
3. Tidak mencemarkan tanah
4. Menghasilkan lembapan yang lebih lama
5. Mudah diselenggara
6. Kawasan untuk mengawal kebakaran tidak terhad
7. Mudah digunakan
8. Memadamkan kebakaran lebih cepat
Mana-mana empat
Bahagian C · Soalan 13 · 12 markah
Rajah 10.1
Rajah 10.1 menunjukkan altitud orbit satelit yang berbeza.
Rajah 10.2
Rajah 10.2 menunjukkan dua jenis kenderaan pelancar yang digunakan untuk menghantar satelit ke angkasa lepas.
(a) Nyatakan dua jenis orbit satelit.
Skema jawapan
1. LEO/Orbit Rendah Bumi
2. MEO/Orbit Sederhana Bumi
3. HEO/Orbit Tinggi Bumi
4. GSO/Orbit Geosegerak
5. GEO/Orbit Geopegun
Mana-mana dua
(b) Satelit manakah yang mempunyai halaju paling tinggi?
Jelaskan jawapan anda.
Skema jawapan
Satelit B
**Penerangan:**
1. Satelit B berada pada altitud/ketinggian yang lebih rendah
2. Daya tarikan graviti terhadap satelit B lebih tinggi
3. Semakin rendah ketinggian / altitud orbit satelit, semakin tinggi halaju satelit
4. Daya graviti yang lebih kuat menyebabkan halaju satelit lebih tinggi
satu pilihan dan satu penerangan
(c) Banding dan bezakan kedua-dua kenderaan pelancar tersebut.
Skema jawapan
**Persamaan:**
1. Kedua-duanya digunakan untuk menghantar satelit ke angkasa lepas
2. Kedua-duanya menggunakan enjin roket
3. Kedua-duanya menggunakan bahan api
**Perbezaan:**
1. RLV boleh diguna semula manakala ELV boleh digunakan sekali sahaja
2. Kos pelancaran RLV lebih rendah/ murah / jimat berbanding ELV
3. Risiko kegagalan misi RLV lebih rendah berbanging ELV
4. RLV kurang menghasilkan bahan buangan angkasa lepas berbanding ELV
5. RLV boleh bergerak antara satu planet ke planet lain manakala ELV tidak
satu persamaan dan tiga perbezaan ATAU Dua persamaan dan dua perbezaan
(d) Perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas memberi kesan kepada peningkatan bahan buangan angkasa lepas.
Jelaskan.
Skema jawapan
1. Bahan buangan angkasa boleh menyebabkan perlanggaran satelit
2. Perlanggaran yang boleh merosakkan/ memusnahkan satelit.
3. Gangguan kepada sistem komunikasi/ navigasi
4. Meningkatkan kos operasi kerana perlu mengubah laluan orbit
5. Mengancam keselamatan misi angkasa
6. Mengancam keselamatan angkasawan
7. Serpihan boleh jatuh semula ke Bumi dan membahayakan manusia
8. Kos pembersihan angkasa sangat tinggi
mana-mana empat

Cuba soalan Sains K2 ini secara online — semak jawapan serta-merta

Mula Latihan →

Soalan Percubaan Sains K2 Lain

💼 Belajar Sains — boleh jadi apa?
💉 Jururawat Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI ⚗️ Jurutera Kimia Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →