Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Rajah 1
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kekuatan tulang padat dan tulang berongga menggunakan dua jenis rod kaca. Set M menggunakan empat batang rod kaca padat manakala Set N menggunakan empat batang rod kaca berongga.
Rajah 1 menunjukkan bilangan maksimum pemberat 200 g yang dapat disokong oleh kedua-dua jenis rod kaca sebelum patah.
Berikut merupakan satu pernyataan berkaitan dengan eksperimen tersebut.
| $\rule[-13pt]{0pt}{20pt}$ Penggunaan rangka besi berongga membantu basikal menjadi lebih tahan lasak dan mudah bergerak |
|---|
(a)(i) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan **satu** pemerhatian bagi eksperimen ini.
Skema jawapan
Rod kaca berongga dapat menyokong lebih banyak pemberat 200 g berbanding rod kaca padat. / sebaliknya
(a)(ii) Nyatakan **satu** sebab bagi jawapan anda di 1(a)(i).
Skema jawapan
Rod kaca berongga lebih kuat berbanding rod kaca padat. / sebaliknya
(b) Berdasarkan eksperimen,
(b)(i) nyatakan **satu** pemboleh ubah yang dimalarkan.
Skema jawapan
Saiz / Jisim setiap pemberat
Panjang / Jenis / Diameter / Bilangan rod
Luas tapak / Jarak antara setiap rod
(b)(ii) nyatakan **satu** cara mengawal pemboleh ubah yang dinyatakan di (b)(i).
Skema jawapan
Mengekalkan saiz / jisim setiap pemberat bagi kedua – dua set eksperimen
Menggunakan panjang / jenis / diameter / bilangan rod yang sama bagi kedua – dua set eksperimen
Mengekalkan luas tapak / jarak antara setiap rod bagi kedua – dua set eksperimen
(c) Berdasarkan Rajah 1, nyatakan bagaimana anda boleh membuktikan pernyataan tersebut adalah benar.
Skema jawapan
Rod kaca berongga dapat menampung 20 pemberat 200 g, lebih banyak berbanding rod kaca padat yang hanya menampung 10 pemberat 200 g.
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh bebas dan bukan jatuh bebas.
Keputusan eksperimen direkodkan dalam Jadual 2.
(a)(i) Rekodkan masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah bagi tiub silinder Q di dalam Jadual 2.
(a)(ii) Berdasarkan Jadual 2, lukis graf bar untuk menunjukkan hubungan antara masa yang diambil untuk bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah dengan kehadiran udara.
Skema jawapan
**Nota:**
i) Mempunyai kelebaran palang yang sama – 1 markah
ii) Melukis 2 palang berdasarkan data dengan betul – 1 markah
(b) Nyatakan hubungan antara kehadiran udara dengan masa yang diambil oleh bulu pelepah jatuh ke atas penutup getah.
Skema jawapan
Jika ada udara, maka masa yang diambil untuk bulu jatuh ke penutup getah lebih lama. / sebaliknya
(c) Kaji pernyataan di bawah.
|Rintangan udara menyebabkan objek mengalami bukan jatuh bebas.|
|---|
Berdasarkan Jadual 2, buktikan pernyataan di atas.
Skema jawapan
Bulu pelepah mengambil masa 6 saat / lebih cepat untuk jatuh ke penutup getah dalam keadaan vakum berbanding 10 saat dalam kehadiran udara. / sebaliknya
Bahagian A · Soalan 3 · 5 markah
Satu eksperimen bagi mengkaji kesan kekurangan nutrien ke atas pertumbuhan anak benih kacang. Rajah 3 menunjukkan keadaan anak benih kacang selepas dibiarkan selama dua minggu.
(a) Berdasarkan Rajah 3, tulis **satu** pemerhatian pada panjang akar anak benih dalam kedua – dua tabung uji.
Skema jawapan
Akar anak benih dalam tabung uji R lebih panjang berbanding di dalam tabung uji S. / sebaliknya
(b) Nyatakan hubungan antara jenis larutan kultur dengan panjang akar anak benih.
Skema jawapan
Apabila menggunakan larutan kultur lengkap / dengan fosforus, maka akar anak benih adalah lebih panjang.
Apabila menggunakan larutan kultur tanpa fosforus, maka akar anak benih lebih pendek.
(c) Berdasarkan Rajah 3, nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan bagi eksperimen ini, dan cara anda mengawal pemboleh ubah tersebut semasa menjalankan eksperimen.
Pemboleh ubah yang dimalarkan:
Cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan:
Skema jawapan
**Pemboleh ubah dimalarkan:**
Isipadu larutan kultur
Jenis anak benih
Kehadiran kertas hitam
**Cara mengawal:**
Mengekalkan isipadu larutan kultur dalam kedua – dua tabung uji
Menggunakan jenis anak benih yang sama dalam kedua – dua tabung uji
Memastikan kedua-dua tabung uji dibalut dengan kertas hitam
(d) Seorang petani mendapati pertumbuhan bagi pokok jagung yang ditanamnya adalah lebih perlahan dari jangkaan. Untuk menyelesaikan masalah ini, beliau telah menambahkan baja fosforus dalam tanamannya.
Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan dalam Rajah 3, buktikan bahawa tindakan petani itu akan menyelesaikan masalah tersebut.
Skema jawapan
Anak benih dalam tabung uji R dengan larutan kultur lengkap / dengan fosforus mempunyai akar yang lebih panjang berbanding anak benih dalam tabung uji S dengan larutan kultur tanpa fosforus
Anak benih dalam tabung uji R dengan larutan kultur lengkap / dengan fosforus mempunyai daun yang lebih hijau berbanding anak benih dalam tabung uji S dengan larutan kultur tanpa fosforus
Bahagian A · Soalan 4 · 5 markah
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria.
Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen selepas 3 hari.
Jadual 4
| Kepekatan antibiotik (%) | Diameter kawasan jernih (mm) |
|:--- |:--- |
| 10 | 0.2 |
| 20 | 0.4 |
| 30 | ………. |
| 40 | 0.8 |
Berdasarkan keputusan di dalam Jadual 4,
(a) nyatakan **satu** cara untuk mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan.
Skema jawapan
Menggunakan kepekatan antibiotik yang berbeza iaitu 10%, 20%, 30% dan 40%.
(b) nyatakan **satu** hipotesis bagi eksperimen ini.
Skema jawapan
Semakin tinggi kepekatan antibiotik, semakin besar diameter kawasan jernih. / sebaliknya
Diameter kawasan jernih dengan cakera berkepekatan antibiotik yang lebih tinggi adalah lebih besar daripada cakera berkepekatan antiobiotik yang lebih rendah. / sebaliknya
Jika kepekatan antibiotik lebih tinggi, maka diameter kawasan jernih lebih besar. / sebaliknya
(c) nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik berdasarkan apa yang dilakukan dan apa yang diperhatikan dalam eksperimen ini.
Skema jawapan
Antibiotik ialah bahan yang menyebabkan diameter kawasan jernih terhasil selepas 3 hari apabila menggunakan kepekatan antibiotik yang berbeza.
(d) ramalkan diameter kawasan jernih (mm) bagi kepekatan antibiotik 30%.
(e) Kaji pernyataan di bawah.
Seorang wanita mengalami sakit tekak akibat jangkitan bakteria dan doktor memberikan antibiotik kepadanya untuk dihabiskan dalam tempoh satu minggu. Berikut ialah tindakan dan apa yang berlaku kepada wanita tersebut.
**Hari pertama**: Mengambil antibiotik mengikut dos yang ditetapkan.
**Hari ketiga**: Berhenti mengambil antibiotik kerana berasa lebih sihat.
**Hari kelima**: Mengalami sakit tekak kembali dan menjadi lebih teruk.
Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 4, buktikan bahawa tindakan wanita tersebut menghentikan pengambilan ubat pada hari ketiga menyebabkan simptom sakit tekak kembali menyerang dengan lebih teruk pada hari kelima.
Skema jawapan
Kepekatan antibiotik yang paling rendah menyebabkan diameter kawasan jernih yang paling kecil. / sebaliknya
Kepekatan antibiotik 10% menunjukkan diameter kawasan jernih yang paling kecil iaitu 0.2 mm.
Bahagian B · Soalan 5 · 6 markah
Rajah 5 menunjukkan pembentukan aloi melalui suatu proses W.
(a) Nyatakan **satu** contoh aloi.
Skema jawapan
Keluli
Piuter
Gangsa
Loyang
Duralumin
(b) Berdasarkan Rajah 5, nyatakan proses W.
Skema jawapan
Pembentukan aloi / Pengaloian
(c) Sebuah kilang ingin menghasilkan sudu dan garpu menggunakan bahan Q. Nyatakan **dua** sifat bahan Q yang menjadikannya lebih sesuai digunakan berbanding bahan P.
Skema jawapan
Lebih keras / lebih kuat
Lebih tahan kakisan / tidak mudah berkarat
Lebih tahan lama / lasak
Tolak ciri aloi yang tidak berkaitan dengan fungsi peralatan memasak
(d) Berdasarkan Rajah 5, nyatakan:
(d)(i) bilangan jenis atom bagi logam P dan logam Q.
Skema jawapan
Bilangan jenis atom bagi logam P ialah 1 manakala logam Q adalah 2 / lebih dari 1.
(d)(ii) kekerasan logam P berbanding logam Q.
Skema jawapan
Logam P kurang keras berbanding logam Q
Bahagian B · Soalan 6 · 6 markah
Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor neutron yang berbeza. Jadual 6 menunjukkan contoh isotop bagi unsur uranium.
Jadual 6
| Isotop | Nombor proton | Nombor neutron |
|:--- |:--- |:--- |
| Uranium-234 | 92 | 142 |
| Uranium-235 | 92 | 143 |
| M | 92 | 146 |
(a) Nyatakan maksud nombor proton.
Skema jawapan
Bilangan proton dalam nukleus suatu atom
(b) Berdasarkan Jadual 6, nyatakan isotop M.
(c) Sebuah stesen jana kuasa nuklear menggunakan isotop Uranium-235 sebagai bahan api.
Cadangkan **satu** langkah keselamatan yang perlu diamalkan oleh pekerja ketika mengendalikan bahan radioaktif dan terangkan bagaimana langkah tersebut dapat mengurangkan pendedahan kepada sinaran radioaktif.
Skema jawapan
**Langkah keselamatan:**
P1- Memakai apron plumbum.
P2- Memakai pakaian pelindung.
P3- Menambahkan jarak antara pekerja dengan punca radioaktif.
P4- Menggunakan alat kawalan jauh / lengan robot untuk mengendalikan bahan radioaktif.
P5- Bekerja di sebalik dinding konkrit yang tebal.
P6- Mengurangkan tempoh mengendalikan bahan radioaktif.
P7- Menyimpan bahan radioaktif dalam bekas plumbum apabila tidak digunakan.
**Penerangan:**
E1- Plumbum menyerap / menghalang sinaran radioaktif.
E2- Melindungi pekerja daripada radiasi.
E3- Kekuatan radiasi berkurang apabila jarak dengan sumber radiasi bertambah.
E4- Mengelakkan / mengurangkan pendedahan kepada radiasi ke atas pekerja.
E5- Dinding konkrit yang tebal menghalang sinaran radioaktif.
E6- Semakin singkat masa pendedahan, semakin rendah dos sinaran diterima.
E7- Plumbum mengelakkan radiasi terlepas dari bekas simpanan.
1P $+$ 1E
(d) Berdasarkan Jadual 6, banding dan bezakan isotop uranium-235 dan M dari aspek nombor proton dan nombor neutron.
Persamaan:
Perbezaan:
Skema jawapan
**Persamaan:**
Kedua-dua Uranium-235 dan M mempunyai nombor proton yang sama (iaitu 92).
**Perbezaan:**
M mempunyai bilangan neutron lebih banyak daripada Uranium-235. / sebaliknya
Bahagian B · Soalan 7 · 6 markah
Rajah 7 menunjukkan graf kesan hormon adrenalina yang dirembeskan dalam sistem endokrin terhadap kadar metabolisme badan.
(a) Nyatakan **satu** kelenjar dalam sistem endokrin manusia.
Skema jawapan
Kelenjar pituitary
Kelenjar tiroid
Kelenjar adrenal
Pancreas
Ovari
Testis
(b) Peningkatan hormon adrenalina boleh berlaku disebabkan oleh rangsangan dari faktor persekitaran. Nyatakan **satu** contoh situasi persekitaran yang boleh meningkatkan rembesan hormon ini.
Skema jawapan
P1- Dikejar oleh seekor anjing yang garang.
P2- Berada di dalam situasi cemas seperti rumah terbakar.
P3- Menaiki roller coaster atau melakukan aktiviti sukan ekstrem.
P4- Terkejut mendengarkan bunyi dentuman guruh yang kuat.
P5- Melintas jalan lalu hampir dilanggar oleh sebuah kenderaan
(c) Berdasarkan graf dalam Rajah 7, nyatakan pola perubahan kadar metabolisme badan apabila kepekatan adrenalina meningkat. Jelaskan mengapa keadaan ini berlaku.
Skema jawapan
**Pola:**
Kadar metabolisme meningkat / semakin bertambah apabila kepekatan adrenalina meningkat.
**Penjelasan:**
E1- Untuk membekalkan / menghasilkan lebih banyak tenaga semasa situasi kecemasan / 'lawan atau lari'
E2- Kadar respirasi sel meningkat.
Pola $+$ 1E
(d) Seorang lelaki sering berasa letih, mengalami pertambahan berat badan secara mendadak, dan mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Hasil pemeriksaan menunjukkan dia mengalami hipotiroidisme.
Rakannya mencadangkan dia mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan iodin, seperti makanan laut, dalam diet hariannya. Wajarkan cadangan rakan beliau.
Skema jawapan
P1- Meningkatkan kadar metabolisme badan.
P2- Membantu mengawal berat badan.
P3- Mengurangkan rasa letih.
Bahagian B · Soalan 8 · 6 markah
Rajah 8 menunjukkan bilah kipas pada dua dron yang berbeza, model K dan L.
(a) Nyatakan prinsip yang diaplikasikan.
Skema jawapan
Prinsip Bernoulli
(b) Cadangkan **satu** cara yang perlu dilakukan jika seorang murid ingin merendahkan kedudukan dron yang sedang terbang.
Skema jawapan
Kurangkan kelajuan putaran kipas / rotor dron.
Menurunkan daya angkat / tujah dron.
(c) Berdasarkan Rajah 8, bandingkan halaju udara di bahagian atas dan bawah bilah kipas bagi dron K dan L.
Atas bilah:
Bawah bilah:
Skema jawapan
**Atas bilah:**
Halaju udara di bahagian atas bilah kipas bagi dron K adalah lebih tinggi daripada dron L. / sebaliknya
**Bawah bilah:**
Halaju udara di bahagian bawah bilah kipas bagi dron K adalah lebih tinggi daripada dron L. / sebaliknya
(d) Seorang penyelamat memilih dron L untuk menghantar bekalan ubat-ubatan ke kawasan bencana. Wajarkan pilihan beliau berdasarkan aspek bilangan bilah kipas dan kestabilan dron tersebut.
Skema jawapan
**Bilangan bilah kipas:**
Dron L mempunyai bilangan bilah kipas yang lebih banyak / tiga bilah (manakala dron K mempunyai dua bilah).
**Kestabilan dron:**
Bilangan bilah kipas yang lebih banyak menghasilkan daya angkat yang lebih sekata / menjadikan penerbangan yang lebih stabil / memastikan penerbangan lebih lancar (semasa membawa bekalan ubat-ubatan).
Bahagian B · Soalan 9 · 7 markah
Rajah 9 menunjukkan dua contoh ubat yang digunakan untuk merawat penyakit.
(a) Nyatakan **satu** ciri kaedah perubatan yang menggunakan bahan T untuk merawat penyakit.
Skema jawapan
Menggunakan bahan semula jadi daripada tumbuhan / haiwan.
Keberkesanannya dibuktikan melalui pengalaman / diwarisi turun-temurun.
Kos rawatan yang rendah / murah.
Kesan sampingan yang minimum / kurang kesan sampingan.
Rawatan mengambil masa yang lama untuk berkesan.
(b) Seorang lelaki telah mengambil ubat S secara berterusan tanpa nasihat doktor. Nyatakan **satu** kesan tindakan tersebut terhadap kesihatannya.
Skema jawapan
Menyebabkan pendarahan dalaman / pendarahan perut / ulser perut.
Merosakkan hati / buah pinggang.
(c) Kaji pernyataan di bawah.
**Pengambilan vitamin C dalam bentuk pil adalah lebih baik berbanding pengambilan vitamin C daripada buah-buahan.**
Wajarkan pernyataan di atas.
Skema jawapan
Pil vitamin C mempunyai dos yang tepat / kepekatan yang diketahui manakala kandungan vitamin C dalam buah-buahan boleh berubah-ubah.
Pil vitamin C lebih mudah diambil / disimpan / tahan lebih lama berbanding buah-buahan yang mudah rosak.
Pil vitamin C membolehkan pengambilan dos yang tinggi dengan cepat tanpa perlu memakan kuantiti buah yang banyak.
(d) Halia mengandungi bahan aktif seperti gingerol yang sangat efektif untuk melancarkan pencernaan dan melegakan perut kembung.
Anda dikehendaki menyediakan air minuman untuk menghilangkan angin di dalam badan menggunakan bahan-bahan berikut:
1. Air
2. Halia
3. Pisau
4. Periuk
Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan minuman tersebut.
1. Basuh halia dengan bersih.
2...................
3...................
4...................
5. Sejukkan dan sedia untuk diminum.
Skema jawapan
2. Potong halia menggunakan pisau.
3. Masukkan air dan halia yang telah dipotong ke dalam periuk.
4. Masak sehingga mendidih.
Bahagian B · Soalan 10 · 7 markah
Rajah 10 menunjukkan situasi lambakan bahan sisa seperti peralatan plastik dan perabot yang lama di sebuah kawasan perumahan. Bagi menangani masalah ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Penduduk telah mencadangkan dua kaedah kitaran hayat pengurusan sisa yang berbeza.
(a) Nyatakan kitaran hayat pengurusan sisa yang diwakili oleh kaedah Y.
Skema jawapan
Cradle – to – cradle
(b) Tayar buruk merupakan antara sisa yang terdapat dalam lambakan bahan sisa di kawasan perumahan tersebut. Cadangkan **satu** pengubahsuaian yang boleh dilakukan terhadap tayar buruk supaya dapat digunakan di kawasan flat agar lebih cantik dan ceria.
Skema jawapan
Mengecat tayar dengan warna-warna terang / menarik untuk dijadikan pasu bunga.
Mengubah suai tayar menjadi perabot luar / kerusi / meja taman yang dicat cantik.
Membuat hiasan landskap / buaian kanak-kanak yang berwarna-warni.
Tolak – kitar semula tayar
(c) Sebahagian penduduk flat kediaman memilih untuk menguruskan sisa tersebut menggunakan Kaedah X berbanding Kaedah Y. Nyatakan dua kesan negatif tindakan tersebut terhadap kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar.
Skema jawapan
**Kesihatan manusia:**
P1- Asap pembakaran menyebabkan masalah pernafasan seperti batuk, asma dan kesukaran bernafas.
P2- Gas toksik yang dibebaskan daripada pembakaran plastik boleh menyebabkan keracunan dan merosakkan paru-paru.
P3- Pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar boleh meningkatkan risiko penyakit respiratori.
P4- Air yang tercemar boleh menyebabkan penyakit bawaan air seperti cirit-birit dan keracunan makanan.
**Kelestarian alam sekitar:**
P5- Asap pembakaran menyebabkan pencemaran udara.
P6- Pembakaran plastik membebaskan bahan kimia atau gas berbahaya.
P7- Pembebasan gas rumah hijau meningkatkan pemanasan global.
P8- Hidupan akuatik mati akibat pencemaran air.
P9- Bahan sisa yang sukar terurai menyebabkan pencemaran alam sekitar berpanjangan.
1P (Kesihatan manusia) $+$ 1P (Kelestarian alam sekitar)
(d) Satu pertandingan rekacipta dari botol plastik telah dilancarkan oleh Ahli jawatankuasa penduduk di kawasan tersebut. Sebagai salah seorang peserta pertandingan, hasilkan sebuah rekaan dari bahan sisa yang disenaraikan.
(d) Lakar dan labelkan rekacipta anda. Nyatakan fungsi kain perca dalam rekaan tersebut.
Lakaran berlabel:
| $\rule{0pt}{150pt}$ |
|:--- |
Fungsi kain perca:
Skema jawapan
Lakaran berlabel: Anak benih / Tanah / Botol plastik / Air / Kain Perca
**Fungsi kain perca:**
Menarik air ke atas untuk melembapkan tanah secara automatik.
Lakaran – 1 markah
Label 5 bahan – 1 markah
Bahagian C · Soalan 11 · 10 markah
Dua orang murid sedang bermain gasing yang sama saiz. Mereka memutarkan gasing pada masa yang sama dan mengenakan daya yang sama. Rajah 11 menunjukkan keadaan kedua-dua gasing tersebut selepas 30 saat.
Berdasarkan pernyataan di atas, rancang satu eksperimen di dalam makmal untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi inersia dengan menggunakan bilah gergaji, plastisin serta alat radas dan bahan-bahan yang lain.
Perancangan tersebut perlu mengandungi kriteria berikut:
(a) Tujuan eksperimen
Skema jawapan
Untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia
Tolak: Untuk mengkaji hubungan antara jisim dan masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap (bukan tujuan eksperimen)
(b) Hipotesis
Skema jawapan
Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek
Semakin besar jisim sesuatu objek, semakin panjang masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap
(c)(i) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan
Skema jawapan
Jisim plastisin
(c)(ii) Cara mengawal pemboleh ubah yang dimanipulasikan
Skema jawapan
Meletakkan plastisin dengan jisim yang berbeza di hujung bilah gergaji // Menggunakan jisim plastisin yang berbeza
(d) Lukisan susunan alat radas yang berlabel
Skema jawapan
**Nota:**
i) Mempunyai kelebaran palang yang sama – 1 markah
ii) Melukis 2 palang berdasarkan data dengan betul – 1 markah
(e) Penjadualan data
Skema jawapan
| Jisim plastisin (g) | Masa untuk 10 ayunan lengkap (s) |
|:--- |:--- |
| 10 | $\quad$ |
| 20 | $\quad$ |
| 30 | $\quad$ |
| 40 | $\quad$ |
**Nota:**
1. Parameter dalam jadual mesti beserta unit yang betul
2. Terima jadual dengan sekurang-kurangnya **dua** nilai jisim plastisin yang betul
3. Data bagi masa untuk 10 ayunan lengkap **tidak perlu diisi**. Jika diisi, markah ditolak bagi data yang salah
(f) Langkah berjaga – jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu
Skema jawapan
Pastikan bilah gergaji disesarkan pada sudut yang sama
Pastikan plastisin diletakkan pada tempat yang sama
Tolak: pemboleh ubah yang dimalarkan
Bahagian C · Soalan 12 · 12 markah
Gen ialah unit asas pewarisan yang terdapat pada kromosom. Pasangan gen yang berada pada kedudukan yang sama pada kromosom homolog dikenali sebagai alel.
(a) Nyatakan dua jenis alel.
Skema jawapan
Alel dominan
Alel resesif
(b) Inovasi dalam teknologi kejuruteraan genetik telah mencapai kemajuan dalam penghasilan hormon pertumbuhan manusia berbanding kaedah tradisional seperti dalam Rajah 12.
(b) Berdasarkan Jadual 12,
(b)(i) nyatakan DNA T yang terhasil dari proses tersebut dan proses penghasilannya.
Skema jawapan
DNA rekombinan
**Proses:**
Gen yang dikehendaki dari bakteria penderma disisipkan / dimasukkan / dikombinasikan dengan DNA plasmid dari bakteria hos.
(b)(ii) banding dan bezakan kaedah penghasilan hormon secara tradisional dan secara teknologi kejuruteraan genetik.
Skema jawapan
**Persamaan:**
S1- Kedua-dua kaedah menghasilkan hormon pertumbuhan manusia.
S2- Kedua-dua kaedah menggunakan organisma hidup dalam penghasilan hormon.
**Perbezaan:**
P1- Kaedah tradisional memperoleh hormon daripada kelenjar pituitari penderma organ, manakala teknologi kejuruteraan genetik menghasilkan hormon menggunakan bakteria penderma dan bakteria hos.
P2- Kaedah tradisional menghasilkan hormon melalui pengekstrakan daripada kelenjar pituitari, manakala teknologi kejuruteraan genetik menghasilkan hormon dengan memasukkan DNA T ke dalam bakteria hos dan dikulturkan dalam tangki penapaian.
P3- Kuantiti hormon yang dihasilkan melalui kaedah tradisional adalah lebih rendah berbanding melalui teknologi kejuruteraan genetik.
2S $+$ 2P. atau 1S $+$ 3P
(c) Penghasilan Organisma Termodifikasi Genetik (GMO) merupakan satu lagi inovasi dalam teknologi kejuruteraan genetik.
Tanaman jagung di negara M telah diserang oleh serangga perosak sehingga menyebabkan petani mengalami kerugian yang sangat besar. Wajarkan penggunaan biji benih GMO bagi mengurangkan risiko kerugian pada masa akan datang.
Skema jawapan
P1- Tanaman lebih tahan perosak dan penyakit
P2- Meningkatkan hasil tanaman
P3- Mengurangkan penggunaan racun perosak
P4- Mengurangkan pencemaran alam
P5- Mengurangkan kos pengeluaran
P6- Lebih bernutrisi
P7- Tahan terhadap cuaca ekstrem
P8- Rasa lebih sedap / manis
P9- Saiz lebih besar
Bahagian C · Soalan 13 · 12 markah
Teknologi pemprosesan makanan sentiasa berkembang dan boleh membantu kita menikmati produk makanan yang pelbagai.
(a) Nyatakan **dua** contoh perisa semula jadi yang ditambah semasa pemprosesan makanan.
Skema jawapan
Gula
Garam
Daun pandan
Serai
Lemon / Limau / Limau kasturi
Asam jawa / Asam keping / Asam gelugor
Terima apa-apa contoh bahan semulajadi yang berfungsi sebagai perisa dalam makanan
(b) Rajah 13.1 menunjukkan dua kaedah pemprosesan buah anggur sebelum dipasarkan.
(b)(i) Nyatakan dua jenis sinaran yang boleh digunakan dalam Kaedah R.
Skema jawapan
Sinar gamma
Sinar ultra ungu /UV
Sinar-X
Mana-mana dua jawapan yang betul
(b)(ii) Berdasarkan Rajah 13.1, nyatakan **satu** perbezaan keadaan anggur pada hari ke-50 bagi anggur yang diproses melalui Kaedah R dan Kaedah S. Jelaskan jawapan anda.
Skema jawapan
**Perbezaan:**
Anggur yang diproses menggunakan Kaedah S rosak / reput / berkulat / kehitaman manakala anggur yang diproses menggunakan Kaedah R masih segar / tidak berubah / berkeadaan baik
**Penjelasan:**
E1- Anggur menggunakan Kaedah R telah disinari dengan sinaran radio aktif / Sinar gamma / Sinar-X / Sinar UV // Anggur menggunakan Kaedah S disimpan melalui kaedah pendinginan
E2- Kaedah R membunuh bakteria dan kulat / mikroorganisma mati // Kaedah S memperlahankan pertumbuhan bakteria dan kulat/mikroorganisma
E3- Kaedah R memusnahkan endospora / spora // Kaedah S tidak memusnahkan endospora / spora
E4- Anggur yang diproses melalui Kaedah R tahan lebih lama / tidak terurai // Anggur yang diproses melalui Kaedah S tidak tahan lama / terurai
Perbezaan $+$ 3E
(c) Rajah 13.2 menunjukkan teknologi pemprosesan susu P dan susu Q.
(c) Nyatakan kebaikan dan kelemahan teknologi pemprosesan untuk menghasilkan susu P berbanding Q.
Skema jawapan
**Kebaikan:**
A1- Susu P tiada spora manakala susu Q mengandungi spora
A2- Susu P lebih tahan lama berbanding susu Q
A3- Susu P lebih mudah disimpan / boleh disimpan pada suhu bilik manakala susu Q perlu disimpan dalam peti sejuk
**Kelemahan:**
D1- Susu P mengandungi kurang nutrien/vitamin berbanding susu Q masih mengandungi banyak nutrien
D2- Rasa susu P berubah manakala rasa susu Q tidak berubah
D3- Susu P kurang segar berbanding susu Q
1A $+$ 3D, atau 2A $+$ 2D, atau 3A $+$ 1D