AlliteSains SPMSains K2 → Perlis 2026

🔬

Soalan Percubaan Sains SPM Kertas 2
Perlis 2026

Soalan percubaan Sains (1511/2) SPM Perlis 2026: 13 soalan struktur & esei dengan skema jawapan. Latih K2 online percuma di Allite.

13Soalan
K2Struktur & Esei
2026Trial Paper
🖊️ Latih Online Percuma →

Soalan & Skema Jawapan

Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Jadual 1.1 menunjukkan bacaan nadi yang diperoleh apabila tiga orang murid selesai melakukan tiga jenis aktiviti fizikal yang berbeza selama 5 minit.
Jadual 1.1
| **Jenis aktiviti fizikal** | **Kadar denyutan nadi (bpm)** | $\quad$ | $\quad$ |
|---|---|---|---|
| $\quad$ | **Mukri** | **Cheng Li** | **Raju** |
| Berehat | 76 | 81 | 70 |
| Berjalan | 91 | 98 | 90 |
| Berlari | 148 | 136 | 165 |
(a) Berdasarkan Jadual 1.1,
(a)(i) nyatakan tujuan eksperimen
Skema jawapan
Untuk mengkaji hubungan antara jenis aktiviti fizikal dengan kadar denyutan nadi manusia.
(a)(ii) nyatakan satu faktor yang diubah
Skema jawapan
Jenis aktiviti fizikal
(a)(iii) nyatakan satu cara mengawal pemboleh ubah di 1(a)(ii)
Skema jawapan
1. Melakukan jenis aktiviti fizikal yang berbeza (iaitu aktiviti berehat, berjalan dan berlari)
2. Melakukan aktiviti berehat, berjalan dan berlari
(b) Ramalkan kadar denyutan nadi Raju selepas melakukan aktiviti berlari pecut sejauh 100m.
Skema jawapan
167-200
(c) Aktiviti di atas diulang oleh dua orang murid lain. Jadual 1.2 menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi murid tersebut selepas melakukan tiga jenis aktiviti fizikal selama 5 minit.

| **Jenis aktiviti fizikal** | **Kadar denyutan nadi (bpm)** | $\quad$ |
|---|---|---|
| $\quad$ | **Aishah** | **Munirah** |
| Berehat | 80 | 85 |
| Berjalan | 96 | 92 |
| Berlari | 96 | 92 |

Berdasarkan Jadual 1.2, murid tersebut membuat kesimpulan bahawa kadar denyutan nadi bagi aktiviti berjalan dan berlari adalah sama. Kesimpulan ini tidak boleh diterima.
Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Aisyah dan Munirah semasa mengambil bacaan kadar denyutan nadinya?
Skema jawapan
1. Aisyah dan Munirah salah mengira kadar denyutan nadi
2. Aisyah dan Munirah mengambil bacaan denyutan nadi bukan dalam masa 1 minit
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan anak benih kacang hijau.
Jadual 2
| Masa (hari) | Ketinggian anak benih kacang hijau (cm) |
|:--- |:--- |
| 1 | 0.0 |
| 2 | 0.6 |
| 3 | 2.0 |
| 4 | 5.0 |
| 5 | $\quad$ |
| 6 | 8.8 |
| 7 | 9.6 |
(a) Berdasarkan Jadual 2, lukis graf ketinggian anak benih kacang hijau melawan masa.
Skema jawapan
Dapat memplot 5 titik dengan betul
Dapat menyambung 5 titik garis lengkung
(b) Berdasarkan graf di 2(a), nyatakan ketinggian anak benih kacang hijau pada hari ke-5 dalam sentimeter (cm).
Skema jawapan
7.4 cm (+/-0.1)
(c) Nyatakan hubungan antara ketinggian anak benih kacang hijau dengan masa.
Skema jawapan
Semakin bertambah masa semakin bertambah ketinggian anak benih kacang hijau
(d) Berdasarkan Rajah 2, nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan ketika menjalankan eksperimen.
Skema jawapan
1. Rendamkan biji benih kacang hijau dalam air sehingga kembang
2. Pastikan kapas lembap sepanjang masa
Bahagian A · Soalan 3 · 5 markah
Rajah 3 menunjukkan hasil bagi satu eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria Bacillus sp. selepas tiga hari.
(a) Berdasarkan Rajah 3,
(a)(i) nyatakan satu pemerhatian bagi eksperimen ini.
Skema jawapan
1. Luas kawasan jernih (di sekeliling) cakera kertas turas direndam larutan antibiotik berkepekatan tinggi lebih besar / luas berbanding dengan cakera kertas turas direndam larutan antibiotik berkepekatan rendah
2. Luas kawasan jernih (di sekeliling) C lebih besar berbanding dengan B / A dan / sebaliknya
3. Luas kawasan jernih C paling besar
4. Tiada kawasan jernih terbentuk pada cakera A berbanding cakera B / dan C
(a)(ii) nyatakan satu inferens terhadap pemerhatian di 3(a)(i).
Skema jawapan
1. Kerana (Cakera kertas turas yang direndam dalam) larutan antibiotik berkepekatan tinggi / C memusnahkan / membunuh lebih banyak bakteria
2. Kerana (Cakera kertas turas yang direndam dalam) larutan antibiotik berkepekatan rendah / B membunuh / memusnahkan sedikit bakteria
(b) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
Skema jawapan
1. Semakin tinggi kepekatan antibiotik, semakin besar luas/diameter kawasan jernih (di sekeliling cakera kertas turas).
2. Semakin rendah kepekatan antibiotik, semakin kecil luas/diameter kawasan jernih (di sekeliling cakera kertas turas).
3. Antibiotik berkepekatan tinggi lebih berkesan untuk membunuh/ memusnahkan bakteria// menghalang/ merencatkan pembiakan/ pertumbuhan bakteria// vice versa
(c) Nyatakan definisi secara operasi bagi antibiotik.
Skema jawapan
1. Antibiotik adalah bahan yang menghasilkan kawasan jernih pada permukaan agar-agar nutrien selepas tiga hari antibiotik diletakkan
2. Antibiotik adalah bahan yang menyebabkan kawasan jernih terbentuk pada permukaan agar-agar nutrien apabila ia diletakkan ke dalam agar-agar nutrien dan kultur bakteria dan dibiarkan selama tiga hari.
(d) Cakera kertas turas yang direndam ke dalam air suling diletakkan ke dalam piring petri berisi agar-agar nutrien pada awal eksperimen bertindak sebagai set kawalan.
Nyatakan fungsi set kawalan tersebut.
Skema jawapan
Untuk membandingkan perbezaan luas kawasan jernih yang terbentuk di antara cakera kertas turas yang dicelup dengan antibiotik dan tanpa sebarang antibiotik.
Bahagian A · Soalan 4 · 5 markah
Rajah 4.1 dan 4.2 menunjukkan eksperimen yang didemonstrasikan oleh seorang guru di dalam kebuk wasap untuk mengkaji proses elektrolisis bagi plumbum(II) bromida dalam keadaan pepejal dan leburan.
(a) Berdasarkan Rajah 4.2, nyatakan pemerhatian bagi eksperimen ini.
Skema jawapan
Mentol menyala
(b) Elektrolit ialah sebatian yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Kelaskan bahan-bahan dalam senarai di bawah kepada **elektrolit** dan **bukan elektrolit** dalam Jadual 4.
| Larutan natrium hidroksida | Larutan glukosa |
| Asetamida | Larutan garam |

| **Elektrolit** | **Bukan Elektrolit** |
|---|---|
| $\rule{0pt}{50pt}\quad$ | $\quad$ |
Skema jawapan
| **Elektrolit** | **Bukan Elektrolit** |
|---|---|
| $\begin{array}{l} \text{Larutan natrium hidroksida} \\ \text{Larutan garam} \end{array}$ | $\begin{array}{l} \text{Larutan glukosa} \\ \text{Asetamida} \end{array}$ |
(c) Apakah kesimpulan bagi eksperimen ini?
Skema jawapan
1. Sebatian ion dalam keadaan leburan dapat menjalani proses elektrolisis
2. Sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak dapat menjalani proses elektrolisis
(d) Seorang murid membuat hipotesis berikut:
Sebatian ion dalam keadaan pepejal tidak dapat menjalani proses elektrolisis
Berdasarkan keputusan eksperimen dalam Rajah 4.1 dan 4.2, apakah pemerhatian yang menyokong pernyataan di atas?
Skema jawapan
Mentol (pada elektrolisis) pepejal plumbum(II) bromida tidak menyala manakala mentol (pada elektrolisis) leburan plumbum(II) bromida menyala.
Mentol (pada elektrolisis) Rajah 4.1 tidak menyala manakala mentol (pada elektrolisis) Rajah 4.2 menyala.
Bahagian B · Soalan 5 · 6 markah
Rajah 5.1 menunjukkan suatu situasi mangsa yang berada dalam keadaan cemas ketika makan di sebuah restoran.
Rajah 5.2
Rajah 5.2 menunjukkan suatu amaran yang dipamerkan pada alat permainan
(a) Berdasarkan Rajah 5.1,
(a)(i) Nyatakan jenis bantuan kecemasan yang perlu diberikan kepada mangsa tersebut.
Skema jawapan
Heimlich Manoeuvre
(a)(ii) Nyatakan punca keadaan yang dinyatakan di 5(a)(i) berlaku.
Skema jawapan
Saluran makanan tersekat / dihalang oleh makanan atau bendasing
(b)(i) Berdasarkan Rajah 5.2, cadangkan dua langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa semasa memilih alat permainan kepada anak kecil.
Skema jawapan
1. Memastikan alat permainan tidak mempunyai bahagian kecil / yang boleh tertanggal / yang boleh dimasukkan ke dalam mulut.
2. Memilih alat permainan yang sesuai dengan umur kanak-kanak / elakkan mainan kecil bagi kanak-kanak bawah 3 tahun.
3. Menyemak label amaran keselamatan pada alat permainan sebelum membeli atau memberi kepada anak.
4. Menyimpan permainan kecil di tempat selamat.
5. Memastikan kanak-kanak bermain dengan pengawasan orang dewasa.
Mana-mana 2
(b)(ii) Berdasarkan Rajah 5.2, apakah yang akan berlaku sekiranya amaran pada rajah tidak dipatuhi?
Jelaskan jawapan anda.
Skema jawapan
F: Boleh menyebabkan kematian / kerosakan otak / koma
E1: Saluran pernafasan tersumbat / tidak dapat bernafas
E2: Otak kekurangan oksigen
1F + 1E
Bahagian B · Soalan 6 · 6 markah
Rajah 6.1
Rajah 6.1 menunjukkan satu alat untuk mengukur suhu badan.
Rajah 6.2
Rajah 6.2 menunjukkan satu amalan pemakanan yang diamalkan oleh Ali.
Jadual 6
Jadual 6 menunjukkan Indeks Jisim Badan (BMI) bagi empat orang murid.

| Murid | Indeks Jisim Badan |
|:--- |:--- |
| Aina | 17.5 |
| Kumar | 29.2 |
| Siti | 30.3 |
| Faris | 24.2 |
(a) Berdasarkan Rajah 6.1, namakan alat pengukuran tersebut.
Skema jawapan
Termometer klinik
(b) Nyatakan fungsi X.
Skema jawapan
Supaya merkuri tidak turun dengan cepat setelah dikeluarkan dari mulut atau ketiak.
(c) Jelaskan satu langkah yang boleh diambil bagi memastikan Ali mencapai Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal.
Skema jawapan
F1- Amalkan diet yang seimbang // suku suku separuh // piramid makanan
F2- Lakukan senaman secara berkala
E1- Mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan
E2- Membantu mambakar lemak
1F + 1E
(d) Berdasarkan Jadual 6:
(d)(i) Siapakah yang mempunyai jisim badan unggul?
Skema jawapan
Faris
(d)(ii) Jelaskan perbandingan antara risiko kesihatan murid yang mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) paling rendah dengan Indeks Jisim Badan (BMI) paling tinggi.
Skema jawapan
BMI paling rendah berpotensi untuk mengalami kekurangan nutrisi / sistem imun yang lemah manakala BMI paling tinggi berisiko mengalami penyakit yang kronik.
Bahagian B · Soalan 7 · 6 markah
Rajah 7.1
Rajah 7.1 menunjukkan suatu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap.
Rajah 7.2
Rajah 7.2(a) menunjukkan susunan elektron bagi atom P. Lengkapkan Rajah 7.2(b) dengan melukis susunan elektron bagi pembentukan ion P untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.
Rajah 7.3
Rajah 7.3 menunjukkan contoh isotop.
(a) Berdasarkan Rajah 7.1, unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama?
Skema jawapan
S dan T
(b) Lengkapkan Rajah 7.2(b) dengan melukis susunan elektron bagi pembentukan ion P untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil.

| $\rule{0pt}{100pt}$ |
|:--- |
| $\quad$ |
(c) Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara dua atom tersebut.
Persamaan: $\quad$
Perbezaan: $\quad$
Skema jawapan
Persamaan:
- Kedua-duanya ialah unsur kobalt, $\text{Co}$.
- Mempunyai nombor atom yang sama, iaitu **27**.
- Bilangan proton sama, iaitu **27 proton**.
- Bilangan elektron juga sama bagi atom neutral, iaitu **27 elektron**.
Perbezaan:
**Perbezaan isotop kobalt-59 dan kobalt-60**
- Nombor nukleon berbeza:
- $\text{Kobalt-59} = \mathbf{59}$
- $\text{Kobalt-60} = \mathbf{60}$
- Bilangan neutron berbeza:
- $\text{Kobalt-59: } 59 - 27 = \mathbf{32\text{ neutron}}$
- $\text{Kobalt-60: } 60 - 27 = \mathbf{33\text{ neutron}}$
- Jisim atom berbeza.
- Kobalt-60 bersifat radioaktif, manakala kobalt-59 stabil
(d) Berdasarkan Rajah 7.3, atom kobalt-60 paling sesuai digunakan untuk rawatan kanser.
Wajarkan jawapan anda.
Skema jawapan
Sinar gamma dari Kobalt-60 (bersifat radioaktif) dapat digunakan untuk membunuh sel kanser.
Bahagian B · Soalan 8 · 6 markah
Rajah 8
Rajah 8 menunjukkan satu contoh sistem hidraulik.
(a) Berdasarkan Rajah 8,
(a)(i) Apakah prinsip yang digunakan dalam operasi sistem tersebut?
Skema jawapan
Prinsip Pascal
(a)(ii) Hitungkan berat beban yang perlu diletakkan ke atas omboh B untuk mengimbangi daya 100N pada omboh A.

$\frac{\text{Daya input}}{\text{Luas omboh A}} = \frac{\text{Daya output}}{\text{Luas omboh B}}$
Skema jawapan
$\frac{100\text{ N}}{0.5\text{ m}^2} = \frac{x}{5\text{ m}^2}$
$= 1000\text{ N}$
(b) Encik Ahmad mendapati bahawa brek kenderaannya tidak berfungsi dengan baik kerana terdapat kebocoran minyak brek.
Nyatakan sebab brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Skema jawapan
Sistem hidraulik memerlukan bendalir dalam sistem yang tertutup untuk memindahkan tekanan // tekanan dalam sistem berkurang dan daya tidak dapat dipindahkan dengan berkesan ke omboh brek.
(c) Berdasarkan Rajah 8, banding beza antara omboh A dan omboh B.
Skema jawapan
**Persamaan:**
Tekanan pada kedua-dua omboh adalah sama.
**Perbezaan:**
Luas permukaan omboh A lebih kecil daripada omboh B.
Bahagian B · Soalan 9 · 7 markah
Rajah 9.1
Rajah 9.1 menunjukkan sebuah loji mikroalga.
Rajah 9.2
Rajah 9.2 menunjukkan pencemaran alam sekitar yang berlaku di suatu kawasan.
(a) Berdasarkan Rajah 9.1, apakah fungsi loji mikroalga dalam usaha pemeliharaan alam sekitar?
Skema jawapan
Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera melalui proses fotosintesis
Info tambahan: Membantu mengurangkan kesan rumah hijau
(b) Pada pendapat anda, apakah kesan jangka panjang pencemaran ini terhadap kehidupan manusia?
Skema jawapan
1. Sumber air bersih berkurangan (kerana air sungai yang tercemar)
2. Menjejaskan kesihatan manusia / menyebabkan penyakit bawaan air meningkat
3. Menjejaskan ekonomi penduduk desa (yang bergantung kepada hasil sungai seperti ikan dan pelancongan)
(c) Kelab Pencinta Alam Sekitar telah menghasilkan larutan pembersih ekoenzim sebagai satu usaha mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa. Wajarkan tindakan kelab tersebut.
Skema jawapan
1. Mengurangkan penggunaan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar / menjaga keseimbangan ekosistem.
2. Larutan pembersih ekoenzim menguraikan sisa organik secara semula jadi / mesra alam.
3. Membantu mengurangkan sisa.
4. Tidak menyebabkan pencemaran air / Tidak menyumbatkan saliran.
5. Kos rendah.
Mana-mana dua
(d) Larutan pembersih ekoenzim merupakan hasil semula jadi daripada sisa pertanian seperti sisa buah-buahan atau sayur-sayuran. Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan larutan pembersih ekoenzim:
1. Sisa buah-buahan
2. Gula perang
3. Air
4. Botol plastik hitam bertutup
Berdasarkan bahan-bahan di atas, terangkan bagaimana cara untuk merekacipta larutan pembersih ekoenzim.
1. $\quad$
2. $\quad$
3. $\quad$
4. Larutan yang terhasil ditapis untuk memisahkannya daripada sisa pepejal dan sedia digunakan.
Skema jawapan
1. Masukkan sisa buah-buahan, air dan gula perang ke dalam botol plastik.
2. Tutup botol (dengan rapat).
3. Biarkan selama 3 bulan.
Bahagian B · Soalan 10 · 7 markah
Rajah 10.1
Rajah 10.1 menunjukkan satu isu sosiosaintifik terhadap alam sekitar.
Rajah 10.2
Puan Melissa menanam sayur-sayuran di dalam beberapa pasu di rumahnya untuk memenuhi keperluan harian keluarga. Beliau bercadang untuk bercuti bersama keluarga selama lima hari. Oleh itu, beliau menghasilkan sebuah alat penyiram bagi memastikan tanamannya tidak mati akibat kekurangan air.
(a)(i) Berdasarkan Rajah 10.1, nyatakan sektor Teknologi Hijau yang berkaitan.
Skema jawapan
Sektor Pertanian dan Perhutanan
(a)(ii) Kejadian tanah runtuh telah berlaku di Lebuhraya X yang terletak berhampiran dengan lokasi aktiviti di dalam Rajah 10.1. Cadangkan satu tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan bencana tersebut.
Skema jawapan
1. Mewartakan hutan simpan
2. Penanaman semula pokok
3. Pembalakan terpilih // menebang pokok yang matang
(b) Sebuah syarikat akua-agro telah melakukan penebangan hutan paya bakau bagi membina kolam ternakan udang komersial.
Nyatakan dua kesan tindakan tersebut kepada alam sekitar.
Skema jawapan
1. Populasi ikan dan haiwan akuatik lain akan merosot/pupus
2. Hidupan marin kehilangan tempat perlindungan // habitat
3. Hidupan marin hilang kawasan sumber makanan.
4. Ekosistem paya bakau terganggu // siratan makanan musnah
Mana-mana 2 jawapan
(c) Puan Melissa menanam sayur-sayuran di dalam beberapa pasu di rumahnya untuk memenuhi keperluan harian keluarga. Beliau bercadang untuk bercuti bersama keluarga selama lima hari. Oleh itu, beliau menghasilkan sebuah alat penyiram bagi memastikan tanamannya tidak mati akibat kekurangan air.

Dengan menggunakan bahan-bahan dalam rajah 10.2, lakar dan labelkan alat penyiram tersebut. Jelaskan bagaimana alat tersebut berfungsi.
| $\rule{0pt}{100pt}$ $\quad$ |
|:--- |

Penerangan:
$\quad$
Skema jawapan
**Penerangan:**
Air dari dalam botol plastik akan menitis perlahan-lahan melalui putik kapas (untuk memastikan pokok tidak kekurangan air).
Label (sekurang-kurangnya 3 label) - 1m, Rajah yang berfungsi - 1m, Penerangan yang betul - 1m
Bahagian C · Soalan 11 · 10 markah
Rajah 11
Rajah 11 menunjukkan dua situasi apabila Puan Maria merebus 1kg kentang di dalam dua periuk yang sama saiz. Dia mendapati kentang di dalam Periuk B lebih cepat masak berbanding Periuk A.
Berdasarkan situasi dalam rajah 11, rancang **satu** eksperimen di dalam makmal untuk menguji hipotesis anda dengan menggunakan ketulan marmar bersaiz besar, cebisan marmar bersaiz kecil, larutan asid hidroklorik cair dan bahan serta radas yang lain.

Perancangan anda haruslah mengandungi aspek-aspek berikut:
(a) Pernyataan masalah
Skema jawapan
1. Adakah saiz bahan tindak balas mempengaruhi kadar tindak balas?
2. Apakah kesan saiz bahan tindak balas terhadap kadar tindak balas?
3. Apakah hubungan antara saiz bahan tindak balas dengan kadar tindak balas?
(b) Hipotesis
Skema jawapan
Semakin kecil saiz bahan, semakin tinggi kadar tindak balas.
(c)(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
Skema jawapan
Saiz marmar
(c)(ii) Cara untuk mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan
Skema jawapan
Menggunakan saiz marmar yang berbeza // ketulan marmar dan serbuk marmar
(d) Bahan dan radas
Skema jawapan
- ketulan marmar bersaiz besar
- cebisan marmar bersaiz kecil
- larutan asid hidroklorik cair
- Air
- Kelalang kon $250\text{ cm}^3$
- Silinder penyukat $50\text{ cm}^3$
- Penyumbat getah dengan salur penghantar
- Buret
- Besen
- Neraca elektronik
- Kaki retort dengan pengapit
- Jam randik
Sekurang-kurangnya 6 radas dan bahan: 2 markah
4-5 radas dan bahan: 1 markah
1-3 radas dan bahan: 0 markah
Sekurang-kurangnya 6 radas dan bahan: 2m, 4-5: 1m
(e) Penjadualan data
Skema jawapan
| Saiz marmar | Masa yang diambil untuk mengumpulkan $30\text{ cm}^3$ gas (s) | |:--- |:--- | | Ketulan marmar bersaiz besar | $\quad$ | | Cebisan marmar bersaiz kecil | $\quad$ |
(f) Dua langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu
Skema jawapan
1. Pastikan hujung salur penghantar dimasukkan ke dalam buret
2. Pastikan penutup getah dipasang dengan ketat
3. Pastikan kekunci buret ditutup sebelum eksperimen dijalankan
4. Memastikan jisim bahan tindak balas // kepekatan asid hidroklorik cair adalah sama
5. Memulakan jam randik sebaik sahaja tindak balas bermula. (apabila memasukkan marmar ke dalam asid hidroklorik cair di dalam kelalang kon)
Mana-mana 2 jawapan
Bahagian C · Soalan 12 · 12 markah
Puan Shanti kerap mengalami sakit kepala dan lenguh badan akibat tekanan kerja. Beliau secara konsisten mengambil ubat hospital yang dipreskripsikan oleh doktor. Pada masa yang sama, untuk melegakan lenguh-lenguh badan, beliau akan menjalani rawatan akupunktur di pusat kesihatan pada setiap hujung minggu.
Rajah 12.1
Rajah 12.1 menunjukkan keadaan fizikal seorang pemuda berusia 25 tahun yang bekerja di tapak pembinaan.
Rajah 12.2
Rajah 12.2 menunjukkan sumber yang diambil untuk mengekalkan kesihatan badan (Vitamin sintetik K dan Sayur-sayuran L).
(a) Berdasarkan situasi di atas, nyatakan dua kaedah perubatan yang diamalkan oleh Puan Shanti.
Skema jawapan
1. Perubatan moden
2. Perubatan komplementari
(b) Berdasarkan situasi ini, nyatakan faktor yang menyebabkan keadaan fizikal pemuda ini.
Skema jawapan
1. Terdedah kepada sinar ultraungu (cahaya matahari terik)
2. Asap rokok
3. Pencemaran udara / debu
(c) Berdasarkan rajah 12.2, banding bezakan sumber bahan K dan L.
Skema jawapan
**Persamaan:**
Kedua-duanya mengandungi bahan antioksidan.
Kedua-duanya membantu melindungi sel badan daripada kerosakan radikal bebas.
Kedua-duanya membantu melambatkan proses penuaan.
**Perbezaan:**
| Aspek | L | K | |:--- |:--- |:--- | | Sumber asal | Diperolehi secara semula jadi | Bahan antioksida yang diperolehi secara buatan/sintetik/kimia | | Cara pengambilan | Dimakan dalam bentuk yang segar/mentah | Mudah diambil dan dibawa / pengambilan dalam bentuk kapsul, pil atau cecair | | Kos | Kos pembuatan yang murah | Kos pembuatan yang mahal | | Tempoh keberkesanan | Tempoh keberkesanan lambat | Tempoh keberkesanan cepat |
1 persamaan, 3 perbezaan ATAU 2 persamaan, 2 perbezaan
(d) Encik Syam, mempunyai jadual kerja yang sangat padat dan sering pulang lewat malam. Disebabkan kesuntukan masa, beliau jarang dapat menyediakan makanan seimbang atau mengambil buah-buahan segar yang mencukupi. Bagi menjaga kesihatannya, Encik Syam mengamalkan pengambilan pil suplemen setiap pagi selepas sarapan.
Wajarkan tindakan beliau.
Skema jawapan
1. Berfungsi sebagai agen antioksidan.
2. Produk kesihatan dalam bentuk pil atau kapsul/mesra pengguna/ mudah / sesuai untuk individu yang sibuk.
3. Menguatkan sistem pertahanan badan.
4. Menerima dos keperluan harian yang tepat dan mencukupi.
5. Memberi kesan dalam tempoh yang singkat.
Mana-mana 4 jawapan yang diterima
Bahagian C · Soalan 13 · 12 markah
Jadual 13
Jadual 13 menunjukkan pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia pada tahun 2024.

| Bulan | Pengeluaran (Juta tan) |
|:--- |:--- |
| Januari | 140 |
| Februari | 126 |
| Mac | 139 |
| April | 155 |
| Mei | 170 |
| Jun | 162 |
(a) Lemak ialah sejenis sebatian karbon organik yang dapat membekalkan tenaga kepada manusia
(a)(i) Nyatakan dua jenis lemak.
Skema jawapan
1. Lemak tepu
2. Lemak tak tepu
(a)(ii) Terangkan mengapa pengambilan lemak secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
Skema jawapan
1. Meningkatkan kolesterol.
2. Lemak berlebihan terkumpul dalam salur darah dan badan.
3. Aliran darah terganggu serta meningkatkan risiko penyakit.
4. Boleh menyebabkan serangan jantung / tekanan darah tinggi / strok/ arteriosclerosis.
Mana-mana 2
(a)(iii) Banding beza dua lemak yang anda nyatakan di 13(a)(i).
Skema jawapan
**Persamaan:**
1. Sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen.
2. Tidak larut dalam air // sumber penting asid lemak dalam badan.
**Perbezaan:**
| Aspek | Lemak tak tepu | Lemak tepu | |:--- |:--- |:--- | | Sumber | Tumbuhan | Haiwan | | Keadaan pada suhu bilik | Cecair | Pepejal | | Takat lebur | Rendah | Tinggi | | Bilangan atom hidrogen dalam molekul | Belum maksimum | Maksimum | | Penambahan atom hidrogen ke dalam molekul | Boleh | Tidak boleh |
1 persamaan 3 perbezaan ATAU 2 persamaan 2 perbezaan
(b)(i) Berdasarkan Jadual 13, huraikan pola pengeluaran minyak sawit Malaysia dari Januari hingga Jun 2024.
Skema jawapan
1. Pengeluaran menurun pada bulan Feb
2. Meningkat semula pada Mac hingga Mei
3. Sedikit penurunan pada Jun
Mana-mana 2
(b)(ii) Jelaskan faktor yang menyebabkan pengeluaran paling rendah pada Februari 2024.
Skema jawapan
F1- Faktor cuaca (musim kemarau / tengkujuh)
E1- Cuaca yang tidak menentu / hujan lebat menjejaskan proses penuaian dan pengangkutan buah kelapa sawit / kemarau menyebabkan penghasilan rendah.
F2- Faktor kekurangan cahaya matahari
E2- Fotosintesis berkurang dan menyebabkan penghasilan buah juga berkurangan.
F3- Faktor haiwan perosak
E3- Buah menjadi rosak.
F4- Faktor kurang baja
E4- Penghasilan buah berkurangan / pokok terbantut.
Terima 1F dan 1E

Cuba soalan Sains K2 ini secara online — semak jawapan serta-merta

Mula Latihan →

Soalan Percubaan Sains K2 Lain

💼 Belajar Sains — boleh jadi apa?
💉 Jururawat Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI 🩺 Doktor Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI ⚗️ Jurutera Kimia Gaji · laluan selepas SPM · prospek AI Lihat semua 202 kerjaya →