Soalan & Skema Jawapan
Bahagian A · Soalan 1 · 5 markah
Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kadar denyutan nadi bagi seorang murid tingkatan 4 selepas selesai melakukan aktiviti yang berbeza selama 20 minit. Jadual 1 menunjukkan keputusan yang diperolehi.
Jadual 1
| Jenis aktiviti fizikal | Kadar denyutan nadi (bpm) — Sebelum melakukan aktiviti | Kadar denyutan nadi (bpm) — Selepas melakukan aktiviti |
|:--- |:--- |:--- |
| Berjalan | 80 | 110 |
| Berlari | 80 | 150 |
(a) Nyatakan satu pemerhatian selepas melakukan aktiviti fizikal.
(b) Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian di 1(a).
(c) Nyatakan pemboleh ubah:
(c)(i) Malar
(c)(ii) Bergerak balas
(d) Seorang murid membuat pernyataan di bawah.
| Kadar denyutan nadi meningkat dengan sangat tinggi selepas berlari sambil menaiki tangga berbanding berjalan menaiki tangga |
|---|
Berdasarkan data dalam Jadual 1, buktikan pernyataan di atas adalah benar.
Bahagian A · Soalan 2 · 5 markah
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen bagi mengkaji pola pertumbuhan antara dua jenis ketam iaitu ketam A dan ketam B. Panjang cengkerang setiap jenis ketam diukur dalam tempoh 12 minggu.
(a) Berdasarkan Rajah 2.1, ukur panjang cengkerang ketam tersebut.
$\quad$ cm
(b) Graf di bawah menunjukkan pola pertumbuhan dua jenis ketam iaitu ketam A dan B.
(b)(i) Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan graf di atas.
(b)(ii) Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini.
(b)(iii) Nyatakan cara mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan.
(c) Sistem sokongan haiwan terbahagi kepada rangka dalam, rangka luar dan hidrostatik. Kelaskan haiwan-haiwan di bawah kepada rangka dalam dan rangka luar.
Bahagian A · Soalan 3 · 5 markah
Rajah 3.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji jarak fokus bagi kanta cembung. Objek ditetapkan pada jarak yang berbeza dan skrin putih dilaraskan supaya imej tajam terbentuk di atas skrin.
Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen yang telah dijalankan.
Jadual 3
| Jarak objek (cm) | Jarak imej (cm) |
|:--- |:--- |
| 10 | 25 |
| 20 | 20 |
| 30 | 15 |
(a) Berdasarkan keputusan di atas, nyatakan satu pemerhatian.
(b) Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan.
(c) Nyatakan hubungan antara jarak objek dan jarak imej.
(d) Rajah 3.2 menunjukkan hasil eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid yang lain.
(d)(i) Nyatakan satu ciri imej kelihatan pada skrin putih.
(d)(ii) Berdasarkan Rajah 3.2, nyatakan definisi secara operasi bagi kanta cembung berdasarkan apa yang diperhatikan dan dilakukan.
Bahagian A · Soalan 4 · 5 markah
Rajah 4.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan di antara halaju air dengan ketinggian aras air dalam satu tiub Venturi.
Rajah 4.2
Murid meneruskan eksperimen dengan menggunakan tiub Venturi seperti dalam Rajah 4.2.
(a) Nyatakan satu inferens bagi pemerhatian di M.
(b) Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.
(c) Nyatakan satu cara untuk mengawal pemboleh ubah bergerak balas.
(d) Nyatakan satu langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan keputusan yang jitu.
(e) Berdasarkan Rajah 4.2, mengapakah terdapat perbezaan keputusan eksperimen berbanding Rajah 4.1.
Bahagian B · Soalan 5 · 6 markah
Mitosis dan meiosis merupakan proses pembahagian sel yang berlaku di dalam sel.
(a) Nyatakan satu struktur dalam sel yang berfungsi mengawal aktiviti sel.
(b) Rajah 5.1 menunjukkan satu peringkat dalam pembahagian sel.
(b)(i) Namakan peringkat pembahagian P.
(b)(ii) Berikan dua perbezaan antara jenis pembahagian sel P dan Q.
(c) Rajah 5.2 menunjukkan satu proses pembahagian sel pada manusia selepas 2 minggu.
(c) Berdasarkan Rajah 5.2, nyatakan jenis pembahagian sel yang terlibat dan berikan alasan.
Bahagian B · Soalan 6 · 6 markah
Rajah 6 menunjukkan keadaan laut akibat pembuangan sisa buangan dari kawasan perindustrian.
(a) Nyatakan maksud mikroplastik.
(b) Berdasarkan Rajah 6, terangkan bagaimana mikroplastik boleh memasuki rantai makanan hidupan laut.
(c) New Zealand telah menjadi negara pertama di dunia yang memperluaskan larangan penggunaan beg plastik di pasar raya.
Wajarkan.
(d) Terangkan satu langkah Teknologi Hijau bagi mengurangkan sisa mikroplastik.
Bahagian B · Soalan 7 · 6 markah
Tenaga nuklear memberikan banyak manfaat kepada manusia apabila dijana dan dikawal dengan baik. Rajah 7.1 menunjukkan loji nuklear.
(a) Namakan proses yang menghasilkan tenaga nuklear dalam reaktor nuklear.
(b)(i) Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam Rajah 7.1.
(b)(ii) Berikan alasan mengapa loji nuklear dibina berhampiran sumber air.
(c) Terdapat lebih 30 buah negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber alternatif tenaga elektrik termasuklah Amerika, Rusia, Perancis dan lain-lain. Antara tahun 2020–2024, tenaga nuklear menyumbang sekitar 9 hingga10% daripada jumlah penjanaan elektrik dunia
| Tahun | Kapasiti Nuklear Global, GigaWatt (GW) | Bilangan Reaktor Nuklear Beroperasi |
|:--- |:--- |:--- |
| 2020 | 375 GW | 422 |
| 2021 | 375 GW | 420 |
| 2022 | 374 GW | 416 |
| 2023 | 378 GW | 418 |
| 2024 | 380 GW | 421 |
International Atomic Energy Agency (IAEA)
Laporan tahunan Nuclear Power Reactors in the World (edisi 2020–2025)
Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan pola kapasiti nuklear global dari tahun 2022 hingga 2024 dan alasannya.
(d) Nyatakan kesan kebocoran reaktor nuklear kepada manusia.
Bahagian B · Soalan 8 · 6 markah
Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden.
P, Q, R, S, T dan U mewakili unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden.
(a) Apakah prinsip penyusunan unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden?
(b) Nyatakan nombor proton dan susunan elektron bagi unsur Q.
(c) Bagaimanakah atom S dapat mencapai susunan elektron yang oktet?
(d) Unsur P dan R tidak boleh membentuk sebatian ion. Wajarkan.
Bahagian B · Soalan 9 · 7 markah
Rajah 9.1 menunjukkan kedudukan satelit J dan K pada ketinggian yang berbeza.
(a) Berdasarkan Rajah 9.1, apakah jenis orbit untuk satelit K?
(b) Rajah 9.2 menunjukkan koordinat GPS bagi suatu tempat di Malaysia.
Koordinat GPS: Kuala Nerus, Terengganu
Format Koordinat DMS: $5^\circ$ 24' 17.0" N (Latitud) $103^\circ$ 05' 12.0" E (Longitud)
Dengan mengunakan kalkulator saintifik, tukarkan koordinat DMS kepada koordinat DD.
Format koordinat DD:................... latitud................... longitud
(c) Rajah 9.3 menunjukkan dua kenderaan pelancar yang digunakan untuk menempatkan satelit ke dalam orbit.
(c) Manakah jenis kenderaan pelancar yang lebih baik? Wajarkan.
(d) Rajah 9.4 menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk mereka bentuk model satelit.
(d) Lakar dan label model satelit anda dalam ruang yang telah disediakan.
| $\rule{0pt}{150pt}$ |
|:--- |
Jika model satelit itu direalisasikan, terangkan fungsi panel solar dalam satelit itu.
Bahagian B · Soalan 10 · 7 markah
Rajah 10.1 menunjukkan struktur buah kelapa sawit.
Rajah 10.2
Rajah 10.2 menunjukkan keratan akhbar tentang minyak sawit di Malaysia.
(a) Apakah X?
(b) Semasa proses pengekstrakan minyak kelapa sawit secara industri, tandan buah kelapa sawit perlu melalui proses pensterilan pada tekanan dan suhu yang tinggi. Apakah tujuan proses tersebut?
(c) Wajarkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh MPOB untuk menangani isu di atas.
(d) Minyak masak terpakai yang dijadikan sabun adalah suatu penghasilan produk upcycle. Dengan menggunakan minyak masak terpakai, larutan natrium hidroksida pekat, air suling, botol mineral kosong dan acuan. Tuliskan langkah-langkah penghasilan sabun di makmal.
1. Tapis minyak masak terpakai.
2. $\quad$
3. $\quad$
4. $\quad$
5. Biarkan proses saponifikasi berlaku selama 2 minggu.
Bahagian C · Soalan 11 · 10 markah
Rajah 11 menunjukkan dua situasi jatuhan yang berbeza.
Berdasarkan situasi pada Rajah 11, reka bentuk satu eksperimen makmal untuk mengkaji jatuh bebas dan bukan jatuh bebas dengan menggunakan cebisan kertas, silinder kaca dan penutup getah, pam vakum dan jam randik. Perancangan anda mengandungi kriteria-kriteria berikut:
(a) Hipotesis
(b)(i) Pemboleh ubah dimanipulasi dan cara mengawalnya
(b)(ii) Pembolehubah bergerak balas dan cara mengawalnya
(c) Lakaran gambar rajah berlabel
(d) Penjadualan data
(e) Langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen.
Bahagian C · Soalan 12 · 12 markah
Rajah 12.1
Rajah 12.1 menunjukkan kegunaan sejenis aloi.
Rajah 12.2
Rajah 12.2 menunjukkan produk R dan S yang dihasilkan daripada getah.
(a) Nyatakan maksud aloi dan berikan satu contoh.
(b) Nyatakan dua ciri aloi tersebut.
(c) Banding beza R dan S berdasarkan ciri jenis getah yang digunakan dalam penghasilan produk ini.
(d) Getah merupakan salah satu komoditi utama di Malaysia. Penyelidikan dan pembangunan terhadap getah oleh Lembaga Getah Malaysia membantu dalam bidang pembuatan dan pembinaan. Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) digunakan untuk menurap jalan raya.
Wajarkan penggunaan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) dalam pembinaan jalan raya.
Bahagian C · Soalan 13 · 12 markah
Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Rajah 13.1 menunjukkan sejenis mikroorganisma.
Rajah 13.2
Rajah 13.2 menunjukkan poster sempena sambutan Hari Kesedaran Antibiotik Sedunia.
Rajah 13.3
Rajah 13.3 menunjukkan dua jenis bahan pencuci yang terdapat di pasaran.
(a)(i) Nyatakan dua jenis mikroorganisma selain daripada Rajah 13.1
(a)(ii) Terangkan cara pembiakan dan habitat mikroorganisma pada Rajah 13.1.
(b) Nyatakan tujuan penganjuran program ini.
Terangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah berlakunya kerintangan antibiotik.
(c) Puan Hasnah telah memilih bahan pencuci P untuk mencuci peralatan logam di rumahnya. Wajarkan.